Roti jala yang dimakan dengan kuah kari sememangnya kegemaran ramai tetapi selalunya saiz hidangannya kecil sahaja. Berbeza pula dengan warung Belimbing Cafe Corner ini. Warung Belimbing Cafe Corner ini sangat terkenal dikalangan ramai dengan menjual roti jala gergasi, sebesar 2 kaki, berbeza dengan saiz yang biasanya 4 hingga 6 inci sahaja.
Belimbing Cafe Corner sudah pun dibuka sejak tahun 1998 lagi dan lokasi warung ini terletak di Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang yang berdekatan dengan roundabout. Waktu operasi pula dibuka seawal jam 7 pagi hingga 12 tengah hari pada setiap hari kecuali selasa sahaja.
Selalunya roti jala akan dilipat-lipat agar nampak lebih menarik dan mudah disajikan dengan pilihan kuah kari daging atau ayam, dan kuah suji yang putih. Kuah suji ini merupakan kuah yang unik di negeri ini.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmatinya dengan kuah dalca atau sambal tumis ikan bilis. Roti canai biasa dan telur turut disediakan di warung tersebut.
Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:
Sumber: Hypp Inspirasi