Roti John Titiwangsa merupakan sebuah gerai yang terkenal dengan roti john. Gerai ini menyediakan roti john yang istimewa dibalut dengan telur di luar dan di dalam bahagian rotinya. Gerai ini terletak di Kampung Datuk Keramat,Kuala Lumpur. Dibuka daripada 3 petang sehingga 11 malam.

Gerai ini telah pun beroperasi selama 5 tahun dan ia juga telah beroperasi selama 15 tahun di Bazar Ramadan.

Menu spesial yang ditawarkan di sini adalah Roti John Tuna, amat menyelerakan dan menarik perhatian pelanggan dengan kepelbagaian menu yang disajikan oleh Gerai Roti John Titiwangsa ini.

Gerai ini sentiasa mengikuti kehendak pelanggannya, setiap pelanggan boleh membuat tambahan bagi roti john mereka  seperti tambahan sos, mayonis, cheese dan sosej mengikut kesukaan mereka.

Roti John Titiwangsa

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat ini:

Kredit: Hypp Inspirasi

(This post has been visited 6 times!)