Hari ini kami akan kongsikan Roti Puding Dahlia’s Kitchen. Roti puding bukan sekadar sesuai untuk juadah minum petang bersama keluarga, malah sesuai untuk majlis-majlis yang diadakan. Resepi roti puding ini sangat ringkas tetapi menyelerakan.

Roti Puding Dahlia's Kitchen

Resipi Roti Puding Dahlia’s Kitchen

BAHAN BAHAN

  • 1 Buku Butter (250grm) ( 3/4 utk Rendaman Roti, 1/4 utk Sauce )
  • 2 Tin Susu Cair
  • 1 Sudu Makan Vanilla Esen
  • 1 Sudu Teh Cinnamon Powder
  • 4 Biji Telur
  • 1/2 Cawan Gula Halus
  • 4 Sudu Besar Brown Sugar
  • 1 Bantal Roti
  • 1 Genggam Badam Slices
  • 1 Cawan Kismis
  • Hirisan Nenas, Apple, Peach atau Pisang ( citarasa masing-masing )

Cara-cara Memasak:

  1. Pukulkan susu, butte yang telah dicairkan, cinnamon powder dan vanilla esen hingga sekata.
  2. Kemudian masukkan adunan telur dan gula yang sudah sebati dan adukkan sebati. Biarkan seketika.
  3. Sementara itu, masakkan butter dan gula perang hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan kismis dan nanas. Kacaukan supaya sebati.
  5. Masukkan roti kedalam adunan susu dan aturkan kedalam bekas untuk dibakar. Selang-seli kan dengan sos buah-buahan.
  6. Kemudian bakarkan hingga masak. Siap untuk dihidangkan.

 

Cara-cara membuat lebih lanjut, sila rujuk pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Terima asih kerana sudi menonton dan Selamat Mencuba. Ikhlas Dari Saya Manfaat Untuk Semua.

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 40 times!)