Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ruang Tamu Berada Dalam Keadaan Huru-Hara Kerana Terlelap, Rupanya Pelaku Adalah..

Ruang Tamu Berada Dalam Keadaan Huru-Hara Kerana Terlelap, Rupanya Pelaku Adalah..

Kategori:
RUANG TAMU

Umum sudah tahu bahawa kesibukan seorang suri rumah dalam menguruskan hal rumah dan keluarga menyebabkan mereka tidak mempunyai rehat yang cukup. Selepas rumah siap dikemaskan dan anak-anak sudah ditidurkan, ketika itulah mereka mengambil peluang untuk berehat seketika.

Namun, oleh kerana terlalu penat, perkara itu boleh menyebabkan mereka terlelap. Apabila sudah dibuai mimpi, pelbagai perkara yang tidak diingini boleh terjadi.

Gara-Gara Terlelap, Habis Ruang Tamu..

Seperti yang dikongsikan baru-baru ini, seorang pengguna, tebuancomot1, memuat naik sebuah video dan berkongsi keadaan huru hara di ruang tamu rumahnya gara-gara terlelap buat seketika.

Mungkin terlalu penat, wanita itu mengambil peluang untuk berehat. Tanpa disedari, dia sudah tertidur. Apabila menjengah di ruang tamu, wanita itu terkejut melihatnya dalam keadaan bersepah dengan cebisan biskut di merata tempat.

Menurutnya, pelaku merupakan anak-anaknya yang terlalu seronok bermain dengan satu tin biskut yang telah disimpan olehnya.

@nuradibahbntimasaud

habis biskut 1 tin, 2 beradik punya kerja aduh. #fyp #house #fun #fypシ

♬ Cinta Pertama – Ezal Hungaitar

@tebuancomot1 habis biskut 1 tin, 2 beradik punya kerja aduh. #fyp #house #fun #fypシ ♬ Cinta Pertama – Welcome Ezal

Hanya Mampu Bersabar

Di ruangan komen, segelintir warganet memujuk wanita itu agar bersabar menghadapi telatah anak-anak kecilnya. RUANG TAMU

Ibu-Ibu Sahaja Yang Faham

Malah, perkara itu juga difahami oleh para ibu yang pernah mengalaminya. Oleh kerana anak-anak terlalu seronok bermain, habis bersepah satu rumah dijadinya. RUANG TAMU

Kesian pula pada para ibu. Alangkah sedihnya bila tersedar dari tidur dan melihat keadaan rumah habis disepahkan oleh anak-anak. Walaupun menekankan, hal itu merupakan sesuatu yang biasa bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

Kadang ingin marah pun tak jadi kerana ketika usia mereka kecil, mereka akan aktif bermain. Akhir sekali, para ibu hanya mampu bersabar menghadapi kerenah anak-anak.

Kredit: TikTok tebuancomot1

Baca Juga: “Mood Makan Bertukar Air Mata”, Wanita Mengandung Ini Sedih Bila Sup Ekor Yang Dibeli Tak Memuaskan. Mintak Sambal Pun Tak Bagi

tags: |