Saban hari kejahatan semakin berleluasa. Membunuh sana sini, seakan-akan tiada lagi rasa belas kasihan dalam hati manusia. Lihat sahaja kejadian yang berlaku sejak akhir-akhir ini apabila ada anak yang sanggup membunuh ibu dan kawan sendiri.
Tidak termasuk lagi dengan rasa dendam dan benci yang akhirnya membawa kepada perbuatan syirik, sanggup menyihir dan menyantau kawan baik, ahli keluarga dan saudara sendiri. Tiada sedikit pun rasa bersalah di dalam hati mereka ini.
Sehinggakan ada dalam kalangan kita yang berasa takut dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila kediamannya seperti ada sesuatu. Seperti mana yang dikongsikan oleh Ezzah menerusi aplikasi TikTok, berkenaan dengan kekalutan keluarga setelah menemui beras di tembok pagar rumah.
Ayah Ezzah telah menemui beberapa tompok beras di atas tembok pagar dan telah memaklumkan hal tersebut kepada ahli keluarganya menerusi group Whatsapp. Mungkin kerana risau ada niat jahat dari pihak lain, pelbagai nasihat dan saranan yang dipesan oleh ahli keluarganya.
Ada yang menyarankan agar beras tersebut dijirus air sambil dibacakan ayat Al-Quran dan ada yang meninggalkan pesanan agar tidak menyentuh beras tersebut. Turut berpesan agar rumah tersebut dipagar dengan ayat suci dan menyarankan agar smua tidur di ruang tamu terlebih dahulu.
Selepas kekalutan dan kerisauan dek kerana beras tersebut, akhirnya kakak kepada Ezzah memberitahu hal sebenar. Rupa-rupanya beras tersebut ditabur untuk memberikan burung makan namun mungkin burung berkenaan tidak makan, jadi beras berkenaan terbiar sahaja di situ.
@exx4h Along terpaling yakin🤣🤣
@exx4hAlong terpaling yakin🤣🤣
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh mereka yang menonton video berkenaan. Ada yang menulis cuba bayangkan akak dia mute group berkenaan, mahu dah panggil ustaz datang rumah.
“Cuba bayang akak dia mute group tu, mau dah panggil ustaz datang rumah”, tulis Gaeul stans smh.
Ada juga yang meninggalkan komen memuji sang kakak kerana menggunakan beras basmathi untuk diberikan kepada burung. “Kakak gempak lah beras basmathi dia bagi makan burung HAHAHAHAHA”, tulis ur azezehh.
Manakala menurut Ammar Semboy pula, dia bukan palatau tapi dia sayang keluarga dia dan hanya nak berhati-hati. ” HAHAHAHAAHAHAHAHHA ..dia bukan palatau ..cuma dia sayang family dia..so dia just nk berhati hati..tapi masalahnya kelakar HAHAHAHA”.
Nyatanya hal tersebut membuatkan orang ramai hampir pecah perut ketawa. Mana tidaknya, disangkakan ada orang yang tabur beras kerana ada niat jahat rupa-rupanya beras ditabur untuk diberikan kepada burung.
Walaupun hal tersebut sangat kelakar apabila diketahui hal sebenar namun pasti pada awalnya keluarga Ezzah tidak senang duduk. Siapa sahaja senang duduk kan apabila ada niat jahat dari orang luar. Namun Alhamdulillah, kerana beras tersebut bukanlah dari orang luar namun dari keluarga sendiri.
Sumber: TikTok ezzah