Terdapat banyak cara untuk membantu orang ramai. Misalnya, memberi makan kepada golongan memerlukan untuk mengisi perut mereka yang kelaparan, tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.
Seperti kisah sepasang suami isteri yang membuka sebuah kedai makan dinamakan Rumah Makan Percuma di Simpang Empat Kangkong, Alor Setar, mereka meringankan beban orang ramai apabila menyediakan makanan percuma kepada memerlukan.
Jaffri Ahmad dan pasangannya sanggup membuka kedai khas tersebut untuk memberi makan tengah hari kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan status. Hati mereka terdetik melakukan amal itu sejak tahun 2020 apabila melihat ramai orang terkesan dek kerana Covid-19 melanda dunia sehingga ada yang kelaparan.
Menurut pasangan itu juga, hal ini didorang apabila mereka pergi menunaikan umrah dan melihat masyarakat di sana berlumba-lumba memberi makanan percuma kepada orang ramai.
“Idea sudah lama, sebab setiap kali kami pergi menunaikan umrah, masyarakat di sana berlumba-lumba memberi makan percuma, apabila COVID-19 melanda negara, ramai susah dan saya rasa ini masa paling sesuai melakukan kerja amal ini,” kata Jaffri.
Pada permulaan, mereka hanya menyediakan makanan untuk 200 orang dan kini jumlah itu bertambah sehingga 500 orang setiap hari. Manakala modal sebanyak RM30, 000 dikeluarkan bagi melakukan kerja amal berkenaan.
Rumah Makan Percuma ini beroperasi pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang pada setiap Isnin hingga Sabtu. Mereka menyediakan pelbagai lauk pauk dengan minuman yang lazat dan sedap.
@rumahmakanpercuma Untukmu aku bertahan 🥹🥹 #rumahmakanpercuma #ayambismi #kongsirezeki #kedah #wie2
@rumahmakanpercuma Untukmu aku bertahan 🥹🥹 #rumahmakanpercuma #ayambismi #kongsirezeki #kedah #wie2 ♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan
Melihat kepada ruangan komen netizen, ramai yang terharu dan mendoakan kebaikan ini diteruskan.
“Di kala negara tengah viral dengan menu rahmah, mereka beri makan percuma. Semoga Allah beri ganjaran yang terbaik dan sebaik-baiknya,” kata netizen.
“Ya Allah permudahkanlah orang-orang berjuang untuk memudahkan hidup orang yang kurang berkemampuan,” komen netizen dengan nama Check.Gu.
Semoga segala yang baik ini terus dipanjangkan buat selamanya. Terima kasih kerana membuktikan kemanusiaan melebihi segala yang ada.
Sumber: Rumah Makan Percuma
Baca juga: Peniaga Ini Beri Makan Gelandangan Tanpa Kira Agama & Bangsa, Ramai Tersentuh Hati Dengan Cara Dia