Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rupa Lobak Putih Ini Yang Penuh ‘Gedik’ Buat Warganet Terhibur, Siap Dipakaikan Baju! Tak Sampai Hati Nak Masak!

Rupa Lobak Putih Ini Yang Penuh ‘Gedik’ Buat Warganet Terhibur, Siap Dipakaikan Baju! Tak Sampai Hati Nak Masak!

Kategori:

Lobak putih merupakan sejenis sayuran yang berasal dari negara China. Ianya mempunyai rasa yang sedikit pahit dan sering digunakan dalam masakan Cina, Korea dan Jepun. Sayur ini juga turut terkenal untuk diletakkan dalam sup.

Terdapat pelbagai khasiat pada lobak putih. Ia tinggi dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan sebatian bioaktif, antaranya seperti vitamin A, betakaroten, vitamin B1, riboflavin, niasin, vitamin C dan E. Selain itu, sayur ini turut mengandungi beberapa jenis mineral penting seperti zat besi, kalsium, mangan dan zat fostor. Memang tak hairan kenapa sekarang ianya makin digunakan dalam masakan!

Tapi, ada satu lobak putih yang lain dari yang lain di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni yang berjaya mendapat tumpuan. Gambar lobak putih yang penuh ‘gedik’ buat ramai tertawa dan terhibur. Rupa lobak itu seolah menyerupai sepasang kaki manusia!

Menurut NaveeLa RafiDiniy, “kejelitaan” lobak putih luar biasa itu membuatkan dia beberapa kali tak jadi nak memasak lobak tersebut. Dah seminggu simpan, lobak itu siap dihiasi dengan mata dan bibir, turut beberapa pakaian, terhibur semua tengok!

Kejelitaan Lobak putih luar biasa ni membuatkan berapa kali saya nak masak dia TAK JADI

Saya simpan dia seminggu sebab sayang nak masak Cik Lobak Tihh ..

Akhirnya harini masa ditunggu2.. kasi dia cantik dan photoshoot baru jadikan sup ..

Ok makannn…

lobak putih

Namun, inilah nasib lobak itu akhirnya…

lobak putih

lobak putih

lobak putih

Nasib lobak itu mengundang pelbagai reaksi yang lucu dari warganet. Rata-rata ‘menangis’ atas pengakhiran lobak tersebut.

lobak putih

Tambahan pula, ada juga warganet yang kongsikan rupa sayur yang kelihatan sangat pelik.

LOBAK PUTIH

lobak putih

lobak putih

Terhibur rasa hati tengok macam-macam jenis komen dan perkongsian dari warganet ini. Sayur pun boleh dipakaikan baju. Hebat sungguh imiginasi mereka ini, kan?

Kredit:
NaveelLa RafiDiniy via MATJHI

Baca Juga: “Syak Dia Suka Cakap Bohonglah..”, Perkongsian Rupa Sayur Terung Yang Pelbagai Undang Tawa Warganet

tags: |