Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sampai Hati Diaorang..” – Rupa Satay Ayam Di UK Buat Orang Malaysia Kecewa, Jauh Beza Dengan Yang Ori!

“Sampai Hati Diaorang..” – Rupa Satay Ayam Di UK Buat Orang Malaysia Kecewa, Jauh Beza Dengan Yang Ori!

Kategori:
Satay Ayam Di UK

Sebut sahaja mengenai satay ayam, siapa sahaja yang tak suka? Bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia, hidangan ini turut mendapat sambutan yang baik di negara lain.

Di United Kingdom (UK) juga, satay ayam kekal popular. Oleh itu, beberapa buah restoran di sana turut menyediakan hidangan tersebut. Melihat hidangan tempatan diraikan, sudah tentu warga Malaysia berasa sangat bangga.

Tapi hakikatnya tak semua restoran di sana tahu cara untuk menyediakannya. Ada kalanya ia jauh tersasar dari resepi asal dan membuat warga tempatan berasa ‘terhina’.

“Sampai Hati Diaorang..” – Rupa Satay Ayam Di UK Buat Orang Malaysia Kecewa, Jauh Beza Dengan Yang Ori!

Hal itu telah disahkan oleh seorang rakyat Malaysia anem.ukcheapss, yang berada di United Kingdom bersama keluarga. Sedang bersiar-siar di sekitar bandar, dia yang kelaparan sedang mencari restoran Halal yang turut menghidangkan hidangan Malaysia.

Menemui restoran yang dicari, dia berasa teruja apabila melihat satay ayam pada menu restoran tersebut. Tanpa berfikir panjang, dia memesannya untuk dinikmati.  Satay Ayam Di UK

Namun ketika hidangan tersebut tiba, wanita itu berasa kecewa apabila melihat rupanya langsung tidak sama dengan satay ayam yang original. Jika dilihat, satay ayam di restoran itu tidak dibakar, sebaliknya dicelup tepung dan digoreng sehingga rangup. Manakala kuah kacang yang dihidangkan bersama pula nampak pucat, seperti kacang tidak disangai terlebih dahulu. Satay Ayam Di UK Satay Ayam Di UK

Mengeluh dengan rupa hidangan tersebut, wanita itu juga terkilan bagaimana pihak restoran boleh menggelarkan hidangan itu sebagai Satay Malaysia sedangkan ia sangat jauh berbeza.

@anem.ukcheapssSampai hati diorang panggil ni sate ayam Malaysia 😭♬ 1, 2, 3 (feat. Jason Derulo & De La Ghetto) [Sped Up Version] – Sofia Reyes

Di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut terkilan melihat hidangan itu. Menurut pengguna Suruhanjaya cukai pintu pula, rupa hidangan itu turut membuat Youtuber Uncle Roger kecewa jika melihatnya.

Malah, pengguna Citizen Bifoti B1 turut menyuruh wanita itu untuk mengajar pihak restoran menggunakan Google Search untuk mencari resepi original dan cuba dari sana.

Tak Sama Langsung, Netizen Turut Berasa Kecewa  Satay Ayam Di UK Satay Ayam Di UK

Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita akan berasa terharu dan bangga apabila hidangan negara digemari di taraf antarabangsa. Namun jika cara penyediaan dan rupanya jauh berbeza dengan yang asli, ia boleh menjatuhkan kredibiliti hidangan tersebut.

Kredit: anem.ukcheapss

Baca Juga: “Memang Dah Nak Expired..” – Beli Ayam Perap Harga Diskaun, Wanita Ini Kesal Dapat Yang Busuk

 

tags: | | |