Biasanya sebelum ini kita hanya tahu sardin masak terus dari tin je tetapi sebenarnya banyak resepi sardin yang kita boleh cuba, takdelh muak nanti. Salah satu resepinya ialah sardin masak lemak cili api atau sardin lemak bersantan pedas berapi.
Resepinya takdelah susah sangat. Kalau rajin boleh cuba resepi lain dengan sardin tin tu. Barulah dapat rasa pelbagai jenis rasa sardin. Lagi-lagi masak lemak cili api ni memang sedap. Boleh makan panas-panas dengan nasi putih.
Resepi Sardin Lemak Bersantan Pedas Berapi
Bahan A
- 6 ulas bawang merah
- 6-10 biji cili padi (kalau nak extra pedas boleh tambah lagi)
- Kunyit hidup secukupnya
Cara:
- Kisar kesemua bahan A menggunakan mesin pengisar. Kalau nak tumbuk pun boleh. Tapi tumbuk hingga halus.
Bahan B
- 1 cawan santan
- 1 keping asam gelugur (asam keping)
- 1 batang serai (diketuk)
- 1 tin ikan sardin
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 1 sudu kecil garam
- 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
Cara:
- Kisar atau tumbuk halus semua bahan A.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis.
- Tumiskan bahan A hingga garing atau naik bau.
- Masukkan santan, daun kunyit, asam keping dan serai. Kacau rata.
- Masukkan ikan sardin bersama kuah tomatonya sekali.
- Masukkan cili merah, bawang besar dan garam. Kacau rata.
- Siap untuk dihidang.
Pastikan bahan cukup barulah sudah sedia untuk buat resepi sardin masak lemak cili api ni. Kalau buntu nak masak apa hari ni, bolehlah cuba hidangan ni. Selamat mencuba.
Kredit: Kekmi
Baca Juga: Menu Paling Best; Ini Resepi Ikan Sardin Masak Asam Cuka Yang Semua Orang Wajib Cuba!