Seorang peniaga berkongsikan resepi rahsia sandwich telur yang menjadi ‘kegilaan’ pelanggannya, sedap sangat sampai hari-hari repeat order! Beliau turut berkongsikan rahsia yang menjadikan sandwich telur sangat sedap, iaitu dengan meletakkan bawang karamel. Nak tahu bagaimana cara membuatnya? Ikuti perkongsian di bawah.
Rupanya ‘Bawang Karamel’ Rahsia Sandwich Sedap! Customer Sampai Repeat Order Hari-Hari
Bahan-bahan:
- 1 buku roti
- 7 biji telur rebus
- 4 sudu besar mayonis
- 2 sudu bawang karamel
- 1 pokok daun bawang
Bahan bawang karamel:
- 1 biji bawang
- 1 sudu teh serbuk oregano
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak masak
Cara-cara:
- Gaul semua bahan untuk bawang karamel dan masak atas dapur sampai layu.
- Sejukkan dan ketepikan.
- Lenyekkan telur rebus. Masukkan mayonis, daun bawang dan bawang karamel tadi. Gaul rata.
- Sapukan pada roti.
- Siap!
Kredit: Suraya Yaacob