Sebut sahaja nama Nabila Razali, pelakon dan penyanyi ini memang sudah cukup terkenal dan dikenali ramai di Malaysia.
Nabila Razali bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, namun rupanya pandai juga memasak! Menerusi video oleh Hot TV di Youtube, Nabila berkongsikan resipi nasi goreng cili padi hasil air tangannya. Jom lihat resipi lengkap di bawah!
Resepi Nasi Goreng Cili Padi Nabila Razali
Bahan-bahan:
- Minyak masak
- Nasi putih
- 3 tangkai cili padi
- Beberapa ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- Garam
- Gula
- 2 biji telur
Cara-cara:
- Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi.
- Dalam kuali, panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tumis skekejap.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Masukkan nasi putih secukupnya. Gaul sebati.
- Buat lubang di tengah nasi, masukkan sedikit minyak untuk goreng telur.
- Pecahkan telur dan gaul sehingga telur masak.
- Gaul sebati, siap!