Jika anda penggemar sambal, pasti Sambal Nyet Khairulaming tidak menjadi asing lagi dan menjadi antara pilihan nombor satu. Terbaharu, Khairulaming berkongsi kepada orang ramai tentang cara mereka menjaga pengurusan Sambal Nyet hingga menjadi popular dan sebutan ramai.
Menurutnya pada tahun 2021, jualan Sambal Nyet sudah mencecah RM7.5 juta. Manakala, tahun kedua pula mencecah RM14 juta yang menjadikan jumlah kedua-dua tahun itu memperoleh jualan sebanyak RM21.5 juta.
Selain daripada itu, Sambal Nyet juga berjaya menerima anugerah ‘best customer service’. Oleh itu, Khairulaming berkongsi perjalanan dan pengurusan tentang bagaimana mereka mempersiapkan berjuta-juta Sambal Nyet kepada pelanggan mereka.
“Setiap hari, kita akan terima bahan basah segar daripada supplier lebih kurang 1000kg bawang dan cili. Dan selepas itu, kita akan periksa one by one untuk tengok semuanya fresh dan okay, barulah kita simpan dalam cold storage room.
“So keesokan paginya, team kitchen akan keluarkan bahan-bahan ni dan mulakan proses timbangan. Semua kena timbanglah, kalau tak timbang nanti salah masak pula. Lepas itu kita akan mulakan proses cucian. Dan yang ini kita akan proses dan cuci berkali-kali supaya semua bahan ini bebas daripada segala kotoran,” jelasnya.
Selepas itu, mereka akan memulakan proses masakan yang mengambil banyak masa sehingga beberapa jam untuk memastikan sambal betul-betul masak sebelum dipindah ke department seterusnya, iaitu bahagian bottling.
“Dekat sinilah kita akan masukkan Sambal Nyet ke dalam botol kaca dan kita akan tutup dengan penutup botol kaca dan bila semua dah siap kita akan transfer ke department seterusnya, iaitu bahagian boiler.
“Sambal akan terus lalu bahagian boiler ni dan bila dah siap sambal akan ke bahagian seal. Bila dah seal penutup botol kaca, and then kita akan letak labelling,” jelasnya lagi.
Apabila semuanya sudah siap untuk dijual, semua botol-botol Sambal Nyet akan dipindahkan ke bahagian packaging. Pada setiap hari, mereka akan menjual 5 ribu botol Sambal Nyet.
Perancangan pada tahun 2023, pasukan Khairulaming akan memfokuskan produk kedua yang bertempat di kilang kedua mereka, Kota Bharu Kelantan.
Semoga perniagaan Khairulaming sentiasa diberkahi dan dilimpahi rezeki kerana niat untuk membantu anak muda berniaga dan ikhlas dalam perniagaan.
@khairulaming Jualan Sambal Nyet kini mencecah RM 21.5 Juta ringgit. Alhamdulillah terima kasih kepada anda semua yang support kami dari 2 tahun lepas lagi. Doakan bisnes kita akan makin berkembang selepas ni 🥹🙏🏻 #sambalnyet #makanlokal
@khairulaming Jualan Sambal Nyet kini mencecah RM 21.5 Juta ringgit. Alhamdulillah terima kasih kepada anda semua yang support kami dari 2 tahun lepas lagi. Doakan bisnes kita akan makin berkembang selepas ni 🥹🙏🏻 #sambalnyet #makanlokal ♬ original sound – Khairulaming
Sumber: Khairulaming