Hidangan nasi ayam penyet tidak akan lengkap jika disajikan tanpa sambal pedas yang digaul bersama nasi dan ayam serta dicampur pula dengan salad dan timun. Fuhh, memang sedap dimakan panas-panas! Jom kita tinjau resepinya.

Bahan-bahan:

  • Minyak
  • Bawang Merah (dihiris)
  • Cili Padi Merah (dihiris)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Belacan ( 1 sudu teh)
  • Secukup Rasa
  • Gula
  • Ajinamoto

Cara Memasak :

  1. Tumiskan bawang merah, hirisan cili padi merah.
  2. Kemudian, masukkan tomato. Kacau
  3. Masukkan belacan. Kacau lagi
  4. Perasakan masakan dengan secukup rasa, gula dan ajinamoto.
  5. Siap untuk dimakan dengan nasi.

Selamat mencuba!

Untuk lebih lanjut, boleh tonton video di bawah.

Sumber : Ani’s Home Resepi

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1 times!)