Pelbagaikan juadah untuk keluarga anda dengan sambal tumis sotong kering, ia juga boleh buat sambal nasi lemak da amat sesuai untuk seisi keluarga. Dibawah saya senaraikan bahan-bahan dan cara untuk membuat sambal sotong kering.
Resepi Sambal Tumis Sotong Kering Dahlia’s Kitchen
Bahan-bahan kisar (blend)
- 3 Biji Bawang Besar
- 7 Ulas Bawang Putih
- 3 Genggam Cili Kering
- 2 Ibu Jari Belacan
Bahan-bahan lain
- 1kg Sotong Kering ( saiz mengikut citarasa masing2 )
- I Batang Serai ( dititik )
- 1 Cawan Gula ( citarasa masing2 )
- Seketul Gula Melaka
- Garam secukup rasa
- Asam Jawa sebesar Ibu jari di campur 1 cawan air.
*Tumis bahan2 kisar bersama serai yg dititk hingga naik minyak ( api #sederhana sepanjang memasak, #JANGAN besar sangat )
*Untuk sotong kering yg direndam dgn abuchang atau bicarbonate of soda, harus #dicuci bersih dan #direbus dlm 5-10min utk menghilangkan bau hancing dan melembutkan lagi, selepas itu dimasukkan kedalam tumisan.
Cara-cara memasak
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan letakkan serai, gula melaka sehingga garing
- Masukkan sotong, gula pasir, air asam tunggu hingga mendidih
- Kalau tidak cukup manis tambah gula, tak cukup masin tambah garam
Selamat Mencuba…
Cuba Jangan Tak Cuba Kalau Tak Cuba Tak Tahu.
Ihklas Dari Saya Manfaat Untuk Semua…
Kredit: Dahlia’s Kitchen