Kepada peminat Sambal Tumis Sotong Petai pasti menikmati rasa enak sambal yang dimasak sekali dengan petai yang segar.
Rasa dan kepuasan hidangan ini bertukar menjadi berlipat ganda sedapnya kerana petai memberi kelainan dan mencetuskan rasanya yang tersendiri.
Untuk masak hidangan ini perlu menggunakan kaedah yang betul kalau tidak haru jadinya. Nak tahu macam mana? Boleh layan resipi dari Che Nom ini.
Cara Masak Sambal Tumis Sotong Petai
Bahan-Bahan:
- 5 ekor sotong
- 1 biji hirisan bawang besar
- 1 mangkuk cili kisar
- Sedikit air asam jawa
- 2 sudu besar sos tiram
- Sedikit gula melaka
- 1 mangkuk isi petai
- Garam secukup rasa
Bahan untuk kisar Halus:
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
Cara Penyediaan:
- Bersihkan sotong dan masak di atas kuali tanpa minyak sehingga keluar airnya, tapi jangan masak terlalu lama kerana nanti sotong akan menjadi keras.
- Asingkan sotong dan airnya ke dalam bekas berasingan.
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, sos tiram, gula melaka dan air sotong tadi.
- Masukkan pula sotong dan petai.
- Macau sehingga petai sedikit layu. Kalau suka petai rangup, masak sekejap sahaja.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
Selamat mencuba.
Baca juga: Resipi Sambal Telur Ikan Bilis & Bebola Ikan, Senang Sangat Nak Buat