Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sangat Kreatif! Wanita Ini Jadikan Roti Jala Sebagai Gaun Patung Pengantin! Dapat 1K Lebih Likes di Facebook!

Sangat Kreatif! Wanita Ini Jadikan Roti Jala Sebagai Gaun Patung Pengantin! Dapat 1K Lebih Likes di Facebook!

Kategori:
ROTI JALA PENGANTIN

Makanan bukan saja enak untuk dimakan tapi indah juga untuk dipandang. Melalui makanan, kita dapat serlahkan kreativiti dengan lebih mendalam.

Di seluruh dunia, terdapat pelbagai hasil seni yang berjaya dihasilkan dengan hanya menggunakan makanan. Contohnya di Jepun, para ibu di sana sering membekalkan bento dengan menyusunkan setiap komponen agar menyerupai watak kartun untuk kelihatan cantik dan menarik buat anak-anak mereka.

roti pengantin(Karya Bento)

Bila cantik, sayang la pula nak makan, kan? Lagi cantik buat hiasan di rumah.

Begitu la rasanya bila melihat roti jala pengantin yang dihasilkan oleh seorang pengguna di Facebook iaitu Cik Norah Abu Bakar.

Cik Norah kongsikan karyanya kepada ahli group Kelab Roti Jala di Facebook. Perkongsiannya mendapat pujian dari ahli group tersebut.

Roti jala pengantin tersebut mempunyai perisa vanila dan dihiasi sangat cantik pada anak patung untuk menyerupai gaun dan pakaian seorang pengantin. Sekali tengok pun dah nak sama dengan kek pengantin, kan?

ROTI JALA PENGANTIN

 

Tapi ini bukan kek tau! Ini roti jala. Turut disediakan adalah roti jala perisa pisang. Siapa yang minat dengan roti jala, kahwin nanti boleh lah minta Cik Norah untuk sediakan roti jala pengantin ini. Lebih unik!

ROTI JALA PENGANTINPosting tersebut mendapat sambutan hangat sehingga meraih sebanyak 1K lebih Likes! Sangat hebat. Ramai juga yang turut memuji hasilnya yang sangat kreatif itu.

ROTI JALA PENGANTIN
Roti jala pengantin yang sangat cantik! Tak sangka makanan pun boleh dijadikan sebagai karya seni, kan? Yang penting kena pandai berfikir di luar kotak dan menggunakan kreativiti yang ada untuk menghasilkan sesuatu yang hebat dan cantik.

Semoga hasil Cik Norah ini memberi kita inspirasi! Kalau begitu, jom kita ke dapur. Macam-macam karya seni yang anda boleh dihasilkan.

Kredit: Norah Abu Bakar

Baca Juga: Asalnya Nak Bagi Biskut Kering Saja Dekat Kawan, Akhir Sekali…

tags: | |