Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Hanya Guna Sarang Telur Untuk Halau Serangga Perosak, Ini Cara Berkesan Paling Mudah & Jimat

Hanya Guna Sarang Telur Untuk Halau Serangga Perosak, Ini Cara Berkesan Paling Mudah & Jimat

Kategori:
sarang telur

Jika kita membeli telur, biasanya sarang telur dibuang dan tidak digunakan lagi.

Padahal, sarang telur mempunyai banyak kegunaan jika kita mengitar semula sarang telur berkenaan menjadi benda yang berguna.

Hanya Guna Sarang Telur Untuk Halau Serangga Perosak, Ini Cara Berkesan Paling Mudah & Jimat

Seperti perkongsian yang menjadikan sarang sebagai alat penghalau serangga perosak, ia berguna untuk asapkan.

Cara penyediaan:

  1. Bakar sarang dan matikan api supaya supaya tinggal bara api dan berasap.
  2. Letak sarang telur yang berasap ini sekitar tanaman atau boleh juga sangkkut sedikit pada pokok buah.
  3. Aktiviti asapkan tanaman ini sebaiknya dilakukan pada sebelah petang bermula pukul 7 malam kerana serangga perosak yang mengganggu tanaman aktif pada waktu ini.
  4. Boleh lakukan 3 hari sekali dalam 45 minit. Boleh hentikan aktiviti ini jika daun dan buah tidak diganggu ulat dan serangga lagi.
  5. Selalunya pokok yang disiapkan ini akan mengeluarkan bunga dan berbuah lebat. Cara in juga boleh halau nyamuk sekitar rumah yang mula banyak menjelang malam. sarang telur

Info tambahan: Kalau perasan aktiviti asap pokok ini memang dah lama dipraktikkan oleh orang-orang tua di kampung. Setiap petang mereka akan bakar daun kering atau sampah bawah pokok. Kalau di bandar boleh lah guna sarang ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca Daily Makan!

Sumber: Fig Farm Agro, Azhar Che Soh & Azmi Amin 

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Scoth Egg, Makanan Breakfast Restoran High Class. Korang Mesti Cuba!

tags: |