Semakin hari, kadar obesiti amat merisaukan di Malaysia. Mananya tidak? Malaysia merupakan syurga makanan. Ianya negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia Tenggara. Oleh itu, sarapan pagi yang seimbang memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah obesiti.
Jika anda sering mengalami kelesuan, amat penting untuk memulakan hari anda dengan sarapan pagi yang seimbang. Ini kerana makanan memainkan peranan yang penting untuk membekalkan tenaga dan nutrein pada tubuh badan.
Sarapan pagi yang seimbang perlu mempunyai protein, karbohidrat yang sihat dan lemak yang sihat bersama dengan buah-buahan atau sayur-sayuran.
- Protein. Ianya berfungsi untuk membina dan membaiki tisu-tisu di dalam badan dan membekalkan serta menyimpan nutrisi. Juga untuk membekalkan tenaga.
- Karbohidrat. Merupakan sumber utama tenaga untuk tubuh badan. Serat merupakan sejenis karbohidrat yang membantu proses pencernaan.
- Lemak. Lemak juga memberi tenaga dan membantu tubuh anda menyerap vitamin. Dapatkan lemak yang sihat dari kacang, avocado dan minyak zaitun.
Jika disertakan kumpulan makanan ini dalam sarapan pagi anda, ia dapat membekalkan tenaga pada tubuh untuk meneruskan aktiviti harian.
Makanan Yang Boleh Diamalkan Untuk Sarapan Pagi Yang Seimbang
- Oat
Amalkan pemakanan oat untuk sarapan pagi kerana ianya kaya dengan karbohidrat, serat, juga sedikit protein dan lemak.
Oat juga penuh dengan vitamin dan mineral seperti:
- Fosforus
- Magnesium
- Zinc
- Zat besi
- Vitamin B1
Oleh kerana kandungan serat, anda tidak akan berasa lapar dengan terlalu cepat bila menikmati sepinggan oat.
Oat sangat sesuai untuk dinikmati dengan buah-buahan, serbuk protein, serbuk koko atau kacang.
- Telur
Telur merupakan pilihan makanan yang sesuai untuk sarapan pagi yang seimbang. Sebiji telur mengandungi 75 kalori, bersama dengan 6 gram protein dan 5 gram lemak sihat.
Anda boleh menikmatinya dengan pelbagai cara termasuklah menyediakan telur dadar, direbus, digoreng, dan sebagainya.
- Greek Yogurt
Merupakan sumber pribiotik yang bagus. Pribiotik membantu usus anda kekal sihat. Usus yang sihat mengelakkan anda berasa letih sepangjang hari.
Enak dinikmati begitu saja, namun greek yogurt juga boleh dinikmati dengan buah-buahan seperti pisang, beri, epal, mangga, dan lain-lain. Untuk sedikit rasa manis, letakkan juga sedikit madu.
- Avocado
Kebelakangan ini, ramai rakyat di negara luar gemar menikmati roti bakar disapu dengan avocado untuk sarapan pagi. Avocado mempunyai pelbagai nutrien, termasuklah lemak yang sihat, vitamin dan mineral.
Avocado mengandungi:
- Vitamin K
- Folik
- Vitamin C
- Potassium
- Vitamin B
- Vitamin E
- Buah Kelapa
Buah kelapa mempunyai lemak, namun ianya juga mempunyai mineral penting dan sedikit vitamin B.
Sumber serat yang tinggi pada isi kelapa boleh membantu perlahankan proses pencernaan serta menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Jika anda gemar menikmati sarapan pagi yang manis-manis, cubalah isi buah kelapa. Enak dimakan bersama yogurt atau oat. Tambahkan juga buah-buahan lain seperti beri dan mangga.
Jangan lupa untuk cuba amalkan makanan ini untuk sarapan pagi yang seimbang. Jika tidak menjaga kesihatan, akan membawa padah dalam masa akan datang.
Antara cara termudah untuk kekal sihat adalah melalui pemakanan. Jom cuba dan jangan lupa share pada kawan-kawan anda.
Kredit: Healthline
Baca Juga: Kalau Nak Kurus Ini Tips & 21 Senarai Barang Dapur Yang Wajib Korang Tukar Hari Ini Jugak!