Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Satar Ikan Sardin. Tak Perlu Susah-Susah Cari, Lebih Mudah Buat Sendiri Di Rumah

Ini Resepi Satar Ikan Sardin. Tak Perlu Susah-Susah Cari, Lebih Mudah Buat Sendiri Di Rumah

Kategori: ,
SATAR IKAN SARDIN

Satar ikan merupakan hidangan yang sangat terkenal dari negeri Terengganu. Pergi sahaja ke sana, anda wajib mencubanya kerana rasanya yang pedas, masin dan manis membuatnya begitu enak untuk dinikmati.

Namun jika anda tidak tinggal di negeri itu, ianya agak sukar dicari. Ini kerana tak ramai yang menjualnya. Oleh itu, apa kata kita cuba buat sendiri dengan mencuba resepi satar ikan sardin ini yang telah dikongsikan oleh Suhaila Isnan di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)? Ringkas sahaja sebenarnya!

Ini Resepi Satar Ikan Sardin. Tak Perlu Susah-Susah Cari, Lebih Mudah Buat Sendiri Di Rumah

Bahan-bahan

  • 1 tin besar ikan sardin (asingkan tulang ikan, kisarkan isi)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia
  • 5 ulas cili padi
  • Buah keras
  • Daun kesum (dipotong halus)
  • 3 sudu makan cili kering blend
  • Sedikit kelapa
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Daun pisang SATAR IKAN SARDINSATAR IKAN SARDIN SATAR IKAN SARDIN

Cara penyediaan

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan buah keras sehingga lumat.
  2. Campurkan bahan yang dikisar tadi dengan isi ikan yang sudah diblend. SATAR IKAN SARDIN
  3. Masukkan daun kesum, kelapa, cili kering blend, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul sehingga sebati. SATAR IKAN SARDIN
  4. Untuk balutan, sediakan daun pisang yang secukupnya. Buat corong dan bentukkan menjadi piramid. SATAR IKAN SARDIN SATAR IKAN SARDIN
  5. Cucukkan dengan lidi dan bakar guna dapur arang atau magic pan (dapatkan di sini). SATAR IKAN SARDIN SATAR IKAN SARDIN SATAR IKAN SARDIN
  6. Siap untuk dinikmati. SATAR IKAN SARDIN SATAR IKAN SARDIN

Guna ikan sardin pun menjadi satar ikan ni. Rasanya sangat sedap, sebijik dengan yang dijual di Terengganu, jadi korang dah tak perlu jauh-jauh untuk mencarinya. Cuba sahaja resepi ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Suhaila Isnan di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Nama Pelik Tapi Sedap, Ini Resepi Kuba Guling. Kuih Tradisional Kelantan Yang Tengah Viral Sekarang

tags: | |