Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Satay Goreng

Satay Goreng

Kategori: ,

Teringin nak makan satay pada hari raya tapi tak cukup masa untuk cucuk satay? Tiada masa untuk bakar satay? Disini saya kongsikan cara mudah untuk buat satay goreng tanpa perlu di cucuk dan bakar.

RESEPI SATAY GORENG DAHLIA’S KITCHEN

Bahan-bahan kisar

  • 10-15 Ulas Bawang Putih
  • 3 Batang Serai
  • Sebesar Ibu Jari Halia
  • Sedikit Lengkuas

Bahan-bahan lain

  • 1 kg Daging Goreng ( dihiris, cuci dan tos)
  • 2 Sudu Besar Kunyit Serbuk
  • 3 Sudu Besar Ketumbar Biji ( dikisar kering atau basah )
  • 2 Setengah Sudu Besar Jintan Halus ( dikisar kering atau basah )
  • 1 Cawan Gula Kasar
  • Setengah Cawan Gula Merah
  • Garam Secukup Rasa

Cara-cara memasak

  • Mula-mula potong daging, saiz satay kemudian masukkan ketumbar, jintan halus dan masukkan bahan kisar
  • Kemudian tambah serbuk kunyit, gula dan garam, gaul sampai rata peram selama 15 minit
  • Selepas 15minit panaskan minyak dan masukkan daging, tunggu hingga masak

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: |