Pelbagai aneka jenis sayuran yang ada di Malaysia. Tidak kira sama ada sayuran hijau atau pun berwarna warni. Antaranya adalah kubis, lobak, sawi, kangkung dan juga brokoli.
Berkenaan dengan brokoli ini, ianya merupakan antara salah satu sayuran yang sangat digemari ramai disebabkan keenakan dan khasiatnya yang tersendiri. Malah ramai dalam kalangan para ibu bapa yang memberikan anak kecil mereka sayuran dari spesis kubis ini.
Namun tahukah anda bahawa sayur brokoli ini bukanlah sayuran semulajadi yang terwujud sejak azali. Namun sayuran ini dihasilkan oleh manusia. Terkejut bukan? Tak siapa sangka bahawa brokoli ini dari manusia.
Hal tersebut telah dikongsikan oleh Ananaifa Foods menerusi group facebook Makmal Makanan. Penjelasan yang cukup terperinci, jom kita ikuti penjelasan tersebut di bawah ini.
Tahukah korang bahawasanya SAYUR BROKOLI adalah sejenis sayuran ciptaan manusia? Brokoli ni dibiakkan daripada sayur Kobis Liar, Brassica oleracea nama kobis liar tu.
Kenapa petani zaman dulu kala biakkan sayur brokoli? Begiiiini penjelasannya bang Jamil…
Kobis liar ni adalah kategori tumbuhan dwitahunan atau omputeh panggil ‘bienniel plant’. Maknanya, dari sebesar biji benih, nak capai ke kategori matang, sayur kobis liar ni ambik masa 2 tahun penuh untuk siap sedia disunting.
Kobis liar ni ada tunas bunga kecil, jadi dalam persekitaran yg terkawal (controlled environment), ia boleh dipaksa untuk membiak sendiri BERKALI-KALI instead of sekali dalam tempoh 2 tahun! Hebat kan kuasa Allah?
Persekitaran terkawal tu macam mana? Antaranya macam pengubahsuaian suhu sekeliling, suhu tanah, komposisi tanah, kebolehsinaran cahaya matahari, semua tulah.
Macam strawberi putih hat orang duk pulun beli kat Cameron baru² ni, tu pun asbab controlled environment juga, depa ubahsuai kebolehsinaran cahaya mentari ke atas pokok strawberi yg sedang ditanam tu. Ok hat strawberi tu nanti kita sembang lain, naa!
So, OK. Bila anak pokok kobis liar tadi tumbuh tunas, petani dulu kala yg cipta brokoli ni depa pi buang bahagian tunas yg nampak tak elok, dan depa biakkan tunas yg nampak elok.
Tunas kobis liar yg dibiakkan dalam controlled environment ni pulak, ada pulak gen lain dalam tunas tu yg jadikan proses penghasilan tumbuhan baru ni jadi lebih mudah. Contoh macam dalam kes brokoli ni, dalam tunas yg dibiakkan tu ada plak gen ‘boleh membesar dengan cepat’, yang mana gen tu takda dalam benih asal Kobis Liar yg bienniel tu.
Bayangkan, daripada hanya sejenis Kobis Liar, kendian ia termutasi menjadi Brokoli, yg mana dewasa ini Brokoli dah jadi sayur kategori ‘ko mampu ko beli, tak mampu tengok je la’ gitu.
Mungkin tu sebabnya Mat Rempit Liar Tak Berlesen pun boleh diangkat jadi ikon, bercakap depan murid sekolah. Yg memilih dia tu ikut resmi Brokoli gamaknya.
Begitu hebat kuasa Allah SWT, menciptakan manusia yang mempunyai otak yang cerdik pandai. Lalu mereka yang pintar ini akan membuat kajian dan membiakkan pula sayur brokoli yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Sumber: Ananaifa Foods
Sumber penjelasan: Indian public media
Baca juga: Mi Kuning Rasa Pahit? Jom Gunakan Teknik Mudah & Cepat Untuk Hilangkan Rasa Pahit Tersebut