Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Viral Sebab Pekerja Khairul Aming Tidak Mahu ‘Resign’, Ada Rahsia Dari KA Yang Mengejutkan Ramai

Viral Sebab Pekerja Khairul Aming Tidak Mahu ‘Resign’, Ada Rahsia Dari KA Yang Mengejutkan Ramai

Kategori: ,
pekerja Khairul Aming

Sejak Khairul Aming menceburi bidang bisnes dan melihat caranya melayan pasukannya, ramai berimpian mahu berkerja dan memiliki majikan sepertinya.

Baru-baru ini dalam temu bual di satu acara, Khairul Aming berkongsi bagaimana membina pasukan yang cemerlang sehingga tiada pekerjanya yang resign setakat hari ini.

Ini Sebab Pekerja Khairul Aming Tidak Mahu ‘Resign’, Ada Rahsia Dari KA Yang Mengejutkan Ramai

Menurut influencer itu, Khairul Aming sudah mula berimpikan bos yang macam mana beliau mahukan sejak 6 tahun dirinya menjadi seorang pekerja dunia korporat.

“Bila kita yang jadi bos, kita kena tukarlah. Kita kena jadi bos yang pekerja kita mahukan.

“Jadi satu budaya yang saya ketengahkan ke dalam syarikat ialah saya tak ajar mereka (pekerja) menjadi toksik. Maksudnya, bersaing di antara satu sama lain,” kata Khairul Aming.

Tidak Pilih Kasih Walau Berbeza Jawatan

Untuk berbuat sedemikian, beliau mengamalkan ‘kesamarataan’ daripada segi bonus, duit poket, percutian dan beli-belah terhadap pekerjanya. Tidak kisah apa jua jawatan sekalipun jika di bawah pekerja Khairul Aming

“Jadi saya nak ajar semua orang, kalau kita buat sama-sama, kita semua dapat lebih.

“Bukan aku yang buat lebih, kau dapat kurang. Tak ada begitu. Jadi bila budaya itu kita ketengahkan, alhamdulilah sekarang ini pun boleh kata tak ada (pekerja) yang resign setakat ini,” jelas Khairul Aming lagi.

Untuk makluman, setakat 12 September lalu, Khairul Aming mempunyai kira-kira 100 orang pekerja yang bertanggungjawab memastikan satu Malaysia dapat merasa Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi.

Sumber: Vocket

Baca juga: Pecah Rekod Baru Habiskan RM400 Untuk Pekena Nasi Kandar, Kisah Lelaki Ini Jadi Bualan

tags: |