Pelbagai sumbangan demi sumbangan disalurkan oleh banyak pihak dalam kerjasama membantu meringankan beban para petugas barisan hadapan negara dalam membendung penularan wabak COVID-19.
Pengeluar produk makanan dalam tin terkenal, Ayam Brand juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk berbakti kepada mereka.
Baru-baru ini, syarikat tersebut telah menyalurkan sumbangan berupa makanan mudah dimakan kepada petugas-petugas COVID-19 di Hospital Sungai Buloh.
Difahamkan, terdapat 9,600 pek makanan kategori ‘ready to eat‘ yang disumbangkan kepada petugas tersebut, termasuklah jenis Mackerel Fillet dan Kacang Panggang.
“Ayam Brand ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh yang bekerja dengan gigih sekarang ini.
Kami telah menghantar 9600 produk Ayam Brand “Ready To Eat” yang mudah dimakan termasuk Mackerel Fillet dan Kacang Panggang untuk membantu memberi tenaga.
Semua produk Ayam Brand adalah Halal, boleh dimakan terus dari tin (ready to eat), tidak mengandungi pengawet atau tambahan MSG.”
https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia/photos/a.166513022286/10158389849372287/?type=3
Terima kasih kepada Ayam Brand Malaysia atas sumbangan tersebut. Semoga usaha ini mampu meringankan bebas hero-hero barisan hadapan yang sedang berjuang untuk negara.
Sumber : Ayam Brand Malaysia
Sumber rujukan : Siakap keli