Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, rakyat tidak dibenarkan lagi merentas negeri bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Oleh sebab itu juga, ramai yang tidak dapat pulang menziarahi ibu bapa di kampung. Bukan itu sahaja, ada juga anak-anak yang terpaksa berjauhan dengan ibu bapa mereka kerana tuntuhan kerja.
Baru-baru ini tular video seorang kanak-kanak menerima jambangan coklat daripada ibunya. Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah reaksi budak lelaki itu selepas membaca kad ucapan pada jambangan tersebut.
https://twitter.com/KayKhalish/status/1357693175477858307
Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak apabila melihat reaksi budak lelaki itu yang menangis selepas membaca kad ucapan daripada ibunya.
Difahamkan, ibu budak lelaki tersebut merupakan seorang frontliner di sebuah hospital di Johor Bharu.
Kredit: Kaykhalish, Gulapop