Siapa sahaja yang tak menyanyangi ibu bapa mereka, kan? Apabila mereka sudah tua dan berusia, pasti kita mahukan mereka berehat dan senang setelah sekian lama berkorban untuk anak-anak. Itulah impian anak-anak buat ibu bapa mereka.
Namun begitu, masih ada warga emas yang masih lagi mengerahkan kudarat yang ada dan berkerja. Realitinya, kehidupan tak semudah yang disangka. Kadang-kadang kita boleh berasa sebak melihat pak cik dan mak cik di luar sana yang masih lagi berkerja.
Di laman TikTok, seorang pengguna, fishhunter1966, telah memuat naik sebuah video, berkongsi gelagat seorang pak cik tua yang masih lagi sibuk membersihkan kedai makan pada larut malam.
Seperti dalam video, lelaki tua itu dengan gigihnya membersih lantai dan persekitaran kedai makan tersebut agar bersih.
@fishhunter1966 pak cik ini betul-betul baik dengan saya…selalu cuci kedai saya…#fyp #ikhlas #bersin
♬ bunyi asal – Cikzaa Glow Glowing cantikweyy – Cikzaa Glow Glowing
@fishhunter1966pak cik ini betul-betul baik dengan saya…selalu cuci kedai saya…##fyp ##ikhlas ##bersin
Tambahnya di ruangan komen, individu itu sudah beberapa kali tampil untuk memujuk pak cik itu dari melakukan kerja pembersihan atas rasa simpati. Namun, pak cik itu masih lagi berkeras dan dia juga pernah dimarahi olehnya.
Menjengah di ruanga komen, rata-rata warganet berasa sebak melihat pak cik itu. Malah, ada yang mendoakan agar dia sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.
Malah, ada yang mencadangkan agar individu tersebut menyediakan peralatan secukupnya untuk digunakan oleh pak cik itu.
Sedihnya bila melihat pak cik itu masih lagi berkerja pada usianya. Meskipun dipujuk tapi masih lagi berkerja, nak melarang pun kesian, mungkin dengan membersih kedai makan itu ada sedikit kebahagian buatnya. Apa pun semoga pak cik terus berada dalam keadaan yang baik dan dilindungi.
Kredit: TikTok fishhunter1966
Baca Juga: Viral Berkenaan Atuk Buat GrabFood Di Usia 68 Tahun, Rupa-Rupanya Ini Sebabnya. Terpaksa Tanggung..