Cara makan durian yang viral ini perlu dikopek sedikit durian tersebut sebelum dibakar.
Cara bakar pula adalah sama seperti membakar ubi, letak di api tak sampai 5 minit.
Manakala rasanya ada yang mengatakan lebih manis, lazat serta isi durian menjadi lembut dan kulit durian juga lebih mudah hendak dibuka.
Namun pada pandangan saya, rasanya tidak berubah cuma bau durian itu hilang setelah dibakar.
Ini membolehkan Mat Salleh atau mereka yang tidak meminati durian untuk mencuba durian bakar kerana tidak berbau kuat seperti durian biasa.