Dalam kegawatan dunia yang penuh dengan kejahatan dan tindas menindas tanpa mempedulikan hak orang lain, kita mungkin boleh percaya masih ada lagi kemanusiaan yang tersisa di bumi yang luas ini.
Menurut Mstar melalui sumber yang dirujuk Dailystar, rasanya semua orang perlu mengenali satu susuk tubuh yang luar biasa walaupun umurnya baru masuk fasa 20 an. ‘Ibu’ muda yang tidak didendang.
Dia yang bernama Tusayiwe Mkhondya berumur 23 tahun merupakan seorang remaja perempuan yang menakjubkan. Berasal dari Malawi, dia meraih pujian warga maya terutamanya di laman TikTok kerana usahanya membangunkan sebuah rumah perlindungan.
Tujuan rumah perlindungan tersebut adalah bagi membela nasib anak-anak yatim dan miskin.
Tusayiwe mula dikenali ramai sehingga ke pelusuk dunia melalui perkongsian video tentang rutin hariannya menjaga anak-anak yatim dan miskin terbabit di platform berkenaan. Seawal pukul 4.00 pagi, dia menyediiakan makkanan untukk semua penguhuni rumah perlindungan berkenaan.
“Saya perlu memberi mereka makan dan juga menukar lampin mereka. Saya juga perlu bersiap untuk bekerja dan bersedia untuk tugasan keesokan harinya,” katanya.
Tusayiwe mengasaskan rumah tersebut selepas dia sendiri pernah menjalani kehidupan yang sukar sebagai seorang ibu tunggal gelandangan pada usia 18 tahun.
“Penghuni di sini ada yang yatim piatu, ada yang hanya mempunyai seorang ibu atau bapa , ada yang mempunyai kedua-dua ibu bapa tetapi telah ditinnggalkan. Saya juga menyediakan pendidikann dan kemahiran buat mereka,” katanya.
Tusayiwe membuka organisasi sendiri, You Are Not Alone (Yana) dan mengalu-alukan kanak-kanak dari umur lima bulan hingga umur 16 tahun untuk menjadi penghuni rumah perlindungannya.
Rumah tersebut turut dibiayai hasil sumbangan daripada pengikutnya yang mengumpul dana GoFundMe. Matlamat utamanya adalah untuk memmbantu orang yang menghadapi cabaran dan yang merasakan seperti mereka bersendirian.
@tusaiwe_yanafamily Someone requested this ⬆️ note:My other children are on holiday and I am the only one who cook for the under 5 children! & Every child has his/her own morning chores! #foodie
@tusaiweyana Someone requested this ⬆️ note:My other children are on holiday and I am the only one who cook for the under 5 children! & Every child has his/her own morning chores! #foodie ♬ QUIET DOWN 2 – Madison Malone
Menurutnya, segala masakan di dalam video yang dikongsikan itu adalah hasil titik peluhnya sendiri.
Masa silamnya menjadikan dia seorang yang cekal dan berdampak baik kepada orang yang memerlukan. Semoga segala urusannya menjaga dan memberi makan anak-anak di dalamm rummah perlindungan itu dilindungi Tuhan.
Semoga terus menjadi ‘ibu’ muda kepada anakk-anak terbabit dan terima kasih kerana membuktikan kemanusiaan mmasih tetap ada.
Sumber: Mstar
Baca juga: Bukan Semua Mampu Makan Sushi Mahal, Wanita Ini Dikecam Netizen Kerana Kritik Sushi Pasar Malam