Sejak beberapa tahun yang lepas viral berkenaan dengan acara mukbang atau pun video makan-makan. Ramai yang mula menjadi terkenal apabila memuat naik video makan ke lama sosial mereka.
Bermula dari video yang hanya makan makanan biasa sehinggalah mereka dapat tawaran untuk membuat produk atau makanan penjual. Sebelum dikenali ramai, pastinya mereka akan cuba makan pelbagai macam perkara.
Tidak kiralah sama ada makanan yang pelik atau pun makanan yang pedas. Malah makan ramen yang paling pedas adalah salah satu kebiasaan dalam kalangan mereka ini.
Bukan sekadar makan makanan yang tampak menggiurkan mereka juga akan makan sesuatu yang menggelikan dan sangat aneh. Hal tersebut dilakukan adalah semata-mata untuk dikenali ramai dan mendapat ramai pengikut di laman sosial. Tidak kiralah sama ada facebook, instagram atau pun tiktok.
Berkenaan dengan makan pelbagai jenis makanan ini, viral sebuah video yang dikongsikan oleh Pakngahgotchill berkenaan dengan seorang lelaki yang dengan selamba memakan kulit durian. Agak aneh bukan? Jarang sekali kedengaran manusia makan kulit durian.
Namun itulah yang dilakukan oleh lelaki tersebut. Di dalam video tersebut dapat dilihat kulit durian tersebut dipotong sederhana tebal. Tanpa membuang duri durian tersebut, lelaki tersebut kelihatan mencicahnya ke dalam sambal lada terlebih dahulu sebelum memakannya.
Tidak dapat diketahui sama ada kulit tersebut dimasak atau direbus terlebih dahulu atau pun tidak memandangkan ianya agar sukar untuk digigit. Sebelumnya, kelihatan lelaki berkenaan seolah-olah tidak sabar untuk menikmatinya.
@pakngahgotchill #CapCut #fypシ #musimduyan ♬ original sound – Bubih
Ekoran video tersebut, ramai dalam kalangan warga TikTok yang mengecam tindakan lelaki ini. Ada yang tidak dapat menerima hakikat mengapa dia memakan kulit durian tersebut. Ada juga yang menulis, semua benda dekat dunia ini boleh dimakan kecuali air.
Dalam masa yang sama ada juga yang meninggalkan komen menyatakan siapa yang ajar lelaki berkenaan makan macam ni. Ada juga yang seolah-olah berasa risau apabila melihat tindakan pelik lelaki ini.
Makan kulit durian adalah bukan kebiasaan dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun mungkin bagi masyarakat negara lain ianya adalah satu kebiasaan atau pun ianya adalah sekadar video untuk menarik perhatian ramai semata-mata.
Tidak dapat diketahui dengan jelas video tersebut dari mana, mungkin juga dari warga Thailand atau mana-mana negara seberang. Kerana di Malaysia, jarang penduduknya yang mencuba makan sesuatu yang pelik sebegini.
Walaubagaimanapun, semoga lelaki berkenaan baik-baik sahaja. Tertanya juga apakah rasanya, sama ada pahit ke atau sebaliknya.
Sumber: Tiktok Pakngahgotchill
Baca juga: Kutip Lidi Bekas Sisa Orang & Gunakan Balik, Tindakan Peniaga Ini Buat Ramai Geli Geleman