Sejak kebelakangan ini, viral di media sosial berkenaan kisah boss susu Farm Fresh atau dikenali juga dengan Azmi Zainal yang mana telah take over satu kilang jem di Australia dan sahamnya yang kecil.
Memang tidak dinafikan, susu Farm Fresh ini sudah cukup popular di Malaysia dan Singapura. Ramai peminat susu ini sebenarnya. Walaupun begitu, baru-baru ini seorang pemuda yang dikenali dengan nama Aliff Ahmad III ada mendedahkan yang susu Farm Fresh ini bukan milik bumiputera dan hal tersebut telah viral di sosial media.
Manakala pendedahan terbaru yang dikeluarkan oleh pemuda tersebut adalah berkenaan dengan susu segar . Susu segar yang dikeluarkan oleh pihak Farm Fresh adalah bukan susu segar dari ladang di Malaysia. Ia adalah susu segar yang diimport dari Australia.
JIka sebelum ini pihak Farm Fresh atau Azmi Zainal sendiri ada memberitahu bahawa susu segar yang digunakan itu adalah memang dari ladang lembu di Malaysia. Hal tersebut dinafikan oleh pemuda ini dan dia mendedahkan bahawa susu segar yang ada di Malaysia adalah diimport dari Australia. Begitu juga dengan susu segar jenama Dutch Lady, Goodday dan lain-lain.
Susu segar itu dibekukan di Australia dan dihantar ke negara-negara lain. Apabila sampai dinegara yang dieksport, mereka akan simpan dan diproses cairkan mengikut permintaan. Tetapi walaupun ia dieksport dan dibekukan ia masih susu segar. Sebab susu tersebut terus dibekukan.
Malaysia tak keluarkan susu segar sendiri sebab lembu-lembu susu di Malaysia tidak mengeluarkan susu yang banyak seperti di benua Australia kerana faktor cuaca dan pemakanan lembu. Ini adalah menurut seorang pakar lembu, Professor dari UPM.
https://www.facebook.com/aliff.ahmad.754/posts/422824868984698?__cft__[0]=AZWb3JPVhwZTZrxGJKzrcFvmotDVTwW6p3OUzamBQxHGQB6xitXWsfjOnbLabzkAkQd8NqVqVDQI-bH9smLXB3LwrN_dqNIKjgY-9cnDL4mZOG69reWJt1-pe_21BxLCd_g&__tn__=%2CO%2CP-R
Sumber: Aliff Ahmad III