Pandemik wabak Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia pada tahun-tahun sebelum ini telah mengejutkan ramai, malah mengakibatkan kehilangan nyawa.
Ada juga di antara kita yang telah kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan virus tersebut. Paling menyedihkan apabila di saat terakhir, ramai yang tidak dapat mengucapkan selamat tinggal and mencium keluarga mereka buat kali akhir kerana perlu patuh pada Safety Operating Procedure (SOP) dan arahan pihak berkuasa.
Meskipun telah bertahun atau berbulan yang berlalu, perasaan rindu itu tetap ada seperti yang dialami lelaki ini.
Terbaharu, seorang gadis chimok_93, yang sedang keluar makan bersama keluarganya terkejut apabila seorang lelaki tiba-tiba sahaja menyapa mereka.
Lelaki itu yang sedang melihat keluarga itu makan dari tadi meluahkan bahawa dia berniat untuk belanja mereka makan.
Bila ditanya, dia tiba-tiba sahaja berasa sebak dan berkongsi bahawa dia telah kehilangan seluruh ahli keluarganya akibat jangkitan wabak Covid-19.
Melihat keluarga itu sedang makan bersama, dia berasa sangat rindu pada keluarganya yang telah pergi.
Bersimpati dengan nasibnya, gadis itu turut berasa sebak bila mendengar perkongsiannya. Sebelum berlalu pergi, lelaki itu menyapa keluarga gadis itu dan kelihatan cuba menahan tangisannya.
Berterima kasih atas kebaikan lelaki itu, gadis tersebut turut mendoakan perkara yang baik-baik sahaja buatnya.
@chimok_93 Whoever know him please always support him..He deserve a big hug 🤗❤️
@chimok_93Whoever know him please always support him..He deserve a big hug 🤗❤️♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa simpati dengan nasib lelaki itu. Ada yang faham rasa rindu dan kesunyiannya setelah kehilangan kesemua ahli keluarga dengan sekelip mata.
“Rindu ngan orang yang dah takde tu sakit gila. Aku dah tahan 20 tahun lebih kehilangan pun masih sedih.”, luah aRa.
Sedih bila membayangkan nasib lelaki itu. Perasaan kehilangan dan rindu yang ditanggung seorang diri mesti tiada yang tahu. Sangat tabah dia menghadapi dugaan tersebut.
Semoga dia terus kuat menghadapi cabaran ini dan terus diberikan rezeki dan kesihatan yang bagus.
Kredit: chimok_93
Baca Juga: Restoran Dah Hampir Siap, Pengurus Froogurtz Sedih Tiada Yang Mohon Untuk Bekerja