Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Seminggu Baru Amalkan Cara Rawatan Strok Dikongsikan Oleh Ustaz Hanafiah, Lelaki Ini Rasa Lebih Sihat Dan Bertenaga

Seminggu Baru Amalkan Cara Rawatan Strok Dikongsikan Oleh Ustaz Hanafiah, Lelaki Ini Rasa Lebih Sihat Dan Bertenaga

Kategori:
rawat

Ustaz Hanafiah atau nama penuhnya, Mohamed Hanafiah Abdul Malik merupakan seorang penceramah bebas, penceramah motivasi, merupakan Presiden persatuan SIFU Bikerz dan juga penulis buku “NEVER GIVE UP! Allah kan ada.” Beliau juga merupakan seorang cancer survivor yang masih bergiat aktif dalam aktiviti dakwah dan sukarelawan.

Rawat Strok Dengan Garam Dan Lada Hitam

Beliau turut pernah kongsikan cara merawat strok dengan hanya menggunakan garam kasar 2kg dan lada hitam 100 gram di Youtube. Menurut ustaz, kaedah ini merupakan cara rawatan refleksologi Melayu dahulu dan semua bahan-bahan perlu dipastikan kering, tiada setitik pun air untuk lebih berkesan.

Setelah digaul secara rata kedua bahan tersebut, anda boleh membaca doa, Ayatul Kursi dan surah Al-Fil bagi membuang segala gangguan sihir dan jin. Beliau turut menasihatkan untuk banyakkan selawat dan istighfar untuk sembuhkan penyakit yang dihadapi.

Seminggu Lebih Amalkan Rawatan Gunakan Garam Kasar Dan Lada Hitam, Rasa Lebih Sihat Dan Bertenaga

Di Facebook, seorang individu telah mencuba rawatan yang dikongsikan oleh Ustaz Hanafiah. Sudah seminggu mengamalkan, dia sudah merasa perubahan yang positif pada kesihatannya.

Ok ringkasnya ada beberapa kelainan yg aku dapat rasa, walaupun baru je buat secara konsisten dlm seminggu lebih ni.

Pertama, angin keluar dr badan. Sepanjang sesi rawatn ni mmg sendawa je. badan mmg rasa ringan, mmg rasa berbeza.

Kedua, haa ni best, aku rasa sistem pencernaan aku ada perubahan yang sangat ketara. Aku mmg ada masalah kencing tak lawas, alhamdulilah lps buat ni dgn izin Allah mmg rasa berbeza sangat.

Lega dah takde rasa tak puas macam sebelumnya. Mcm tu juga buang air besar, lawas. Kalau dipikir macam tak logik je garam + lada hitam ni ada kesan hebat macam ni..hanya dengan izinNYA.

Ok yang ketiga, lutut kanan aku ni sejak selepas PKP tu ari mmg susah sikit nak lipat. Tak tau apa hal, mmg kena paksa baru boleh lipat, tapi sakit la woi.

Tulah aku ni pulak kerja jenis banyak berjalan dan berdiri lama, jadi lutut kanan aku dan sendi2 lain kaki memang bisa2. Hari kedua aku buat je Alhamdulilah aku dah boleh rasa perubahan. Aku pun dah boleh lipat lutut macam biasa ,xde rasa sakit. Rasa bisa2 pada sendi terutama bila bangun pagi pun berkurangan sangat2.

Keempat, ni pun bagi aku best, tidur mmg nyenyak gila. Mmg ‘anteng’ la bak kata org jawa.

Awal2 buat kemarin siap terlajak2 tidur, punya la syok. hhaha. mmg berbeza sbb aku mmg jenis tidur lambat, dan susah nak tidur sebelum ni. Kadang nak dpt tidur tu sampai sejam lebih bergolek2 baru tertidur.

Tapi izin Allah, lps seminggu aku amal rawatan ni mmg tidur nyenyak, dan nak tidur mmg mudah,letak kepala ke bantal sedar2 je dah pagi.

Tulah bila tidur nyenyak,kemudian tidur kita berkualiti,walaupun kadang2 tidur lambat tapi bangun pagi mudah dan tak rasa macam sebelum2 ni, lemah je nak bangun.

Lagi satu, rawatan ni macam urus balik masa tidur kita,aku biasa buat rawatan ni sebelah malam,lepas buat rawatan ni mata pun kelat2, terus nak tidur. Jadi otomatik aku tidur lebih awal, kalau tak mmg lewat saje tidur. Orang yang susah tidur atau penghidap insomnia, aku galakkan cuba la, mudah2an ada manfaat.

Kelima, sepanjang lebih seminggu amal rawatan ni aku perasan yang aku tak mudah letih. Sebelum ni kalau kerja dia punya penat mmg semacam. Tapi seminggu ni mmg sedap rasa badan. Rasa ringan, tak cepat letih.

rawat

Jika anda menghadapi masalah kesihatan, terutamanya masalah saraf, boleh lah cuba rawatan yang dikongsikan oleh Ustaz Hanafiah ini. Tak salah pun jika kita cuba usaha merawat dengan cara ini.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Muhamed Azizi

Baca Juga: Kisah Jutawan Lee See Jin, Bagaimana Tokey PREMIER Ini Mendapat Ilham Untuk Menjual Tisu

tags: |