Keadaan hujan tanpa henti di beberapa kawasan baru-baru ini telah menyebabkan paras air makin meningkat dan kejadian banjir akan berlaku jika hujan berterusan. Hal itu menyebabkan orang ramai berjaga-jaga untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
Walaupun cemas, ada juga mereka yang sudah terbiasa dengan situasi tersebut. Dengan air sudah memasuki rumah dan berada di paras peha, mereka masih lagi tenang kerana pernah mengalami banjir sebegitu. Hujan tanpa henti juga memberi mereka peluang untuk meluangkan sedikit waktu bersama keluarga.
Hal sebegitu telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman TikTok, ajiwanplate. Memuat naik sebuah video dan berkongsi detik keluarganya yang dengan selambanya makan nasi putih dengan lauk ikan singgang walaupun paras air banjir semakin meningkat.
Barangkali untuk menghayati situasi banjir yang hanya berlaku sekali-sekala, mereka juga sempat lagi keluarkan meja dan kerusi-kerusi plastik untuk makan di luar. Dengan hidangan mereka yang masih lagi panas, mereka kelihatan berselera untuk menikmatinya dengan walaupun cuaca sebegitu.
Makan nasi dalam air, dengan hujan tanpa henti dan cuaca yang sejuk, mereka tetap sahaja berselera untuk makan.
@ajiwanrunner Make Nasi Kaki Dale Air
@ajiwanplateMake Nasi Kaki Dale Air♬ bunyi asal – AjiWanRunner
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersetuju bahawa keadaan cuaca sekarang mampu meningkatkan selera. Malah makan dalam keadaan banjir juga merupakan satu nikmat yang jarang sekali berlaku.
Kejadian banjir ini merupakan perkara yang tidak diminta dan undang cemas. Tapi bagus juga sikap keluarga itu yang cuba menikmati keadaan itu bersama dan makan nasi dan lauk-pauk bersama.
Walaupun begitu, orang ramai dinasihati supaya sentiasa berjaga-jaga dan berpindah jika paras air banjir berada di tahap merbahaya.
Kredit: TikTok ajiwanplate