Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Semperit Tepung Pulut Pertama Dalam Sejarah..” – Akibat Bersengkang Mata Pukul 4 Pagi, Kuih Semperit Wanita Ini Tak Jadi Sebab …

“Semperit Tepung Pulut Pertama Dalam Sejarah..” – Akibat Bersengkang Mata Pukul 4 Pagi, Kuih Semperit Wanita Ini Tak Jadi Sebab …

Kategori:
semperit tepung pulut

Nampaknya persiapan Hari Raya pada tahun ini dilihat cukup meriah memandangkan kita sudah boleh balik kampung untuk beraya bersama sanak saudara.

Meninjau di laman media sosial, warganet juga didapati rancak berkongsi keterujaan mereka dalam melakukan persiapan menyambut Aidilfitri sejak bermulanya bulan Ramadan.

Selain membeli baju raya serta barang perhiasan di rumah, kebanyakan netizen juga dilihat rajin berkongsi pengalaman masing-masing membuat kuih sendiri untuk dijamukan pada tetamu pada lebaran kali ini.

Ada yang teruja berkongsi percubaan mereka yang menjadi, namun ada juga yang bernasib kurang baik apabila usaha mereka tak berjaya.

Satu perkongsian lucu di Masak Apa Tak Jadi Hari Ini dilihat berjaya mencuit hati warganet ketika sedang melakukan persiapan membuat kuih raya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Zaimah Malik di group Facebook tersebut, wanita itu berkongsi pengalaman lucunya untuk hasilkan kuih semperit.

Malangnya, kuih tersebut tak menjadi dan didapati mengembang serta melekat antara satu sama lain di atas loyang.

Mengantuk Punya Pasal, Terciptalah Semperit Tepung Pulut Pertama Dalam Sejarah

Jelas Zaimah, insiden kelakar itu terjadi kerana dia mengantuk ketika membuat kuih itu. Akibatnya, dia tersalah memilih tepung dan tanpa sengaja telah menggunakan tepung pulut berbanding tepung gandum.

“Tepung pulut dengan tepung gandum pun dah tak kenal oi. Buat kuih mata tak celik sebab tahan mengantuk. Semperit tepung pulut dalam sejarah.” – Zaimah Malik

Semperit Tepung Pulut Pertama Dalam Sejarah

Semperit Tepung Pulut Pertama Dalam Sejarah

Tak Pasal-Pasal Terbuat Resepi Baru

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan perkongsian wanita ini.

Selain berseloroh tentang bentuk kuih semperit yang jauh dari rupa asalnya, warganet sempat menasihati wanita itu untuk elakkan bersengkang mata pukul 4 pagi untuk buat kuih. Sebaliknya, buatlah kuih ketika mata masih segar dan dalam keadaan tenang.

Semperit Tepung Pulut Pertama Dalam Sejarah

Melihatkan kejadian semperit tepung pulut pertama dalam sejarah itu, ramai juga warganet yang tampil untuk berikan tips serta berkongsi resepi mudah membuat kuih semperit.

Semperit Tepung Pulut Pertama Dalam Sejarah

Nampaknya macam-macam rupa kuih raya yang dihasilkan warganet sepanjang Ramadan ini. Biasanya kejadian yang kelakarlah yang akan diingati pembuat sampai bila-bila. Buat anda yang masih tak berjaya untuk buat kuih raya, jangan mudah putus asa !

Pilihlah resepi yang paling mudah atau bergurulah dengan orang yang lebih berpengalaman, insyaAllah akan menjadi.

Sumber : Zaimah Malik

tags: | |