Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Top 15 Kedai Makan Popular di Kelantan Yang Beratur Panjang Tapi Berbaloi Untuk Anda Tunggu, Rugi Tak Pergi!

Top 15 Kedai Makan Popular di Kelantan Yang Beratur Panjang Tapi Berbaloi Untuk Anda Tunggu, Rugi Tak Pergi!

Kategori: ,
Kedai Makan Popular di Kelantan

Kelantan boleh dikatakan sebagai syurga makanan bagi pelancong yang suka untuk mencuba pelbagai hidangan menarik dan serba unik.

Bila dah jauh-jauh datang ke Kelantan, pasti kita nak try makanan yang terbaik, bukan? Biasanya yang terbaik itulah yang sentiasa ramai orang.

Tapi anda jangan risau! Penantian anda pasti berbaloi dengan makanan yang anda bakal nikmati setibanya giliran anda nanti.

Jom kita tengok 10 kedai makan popular di Kelantan yang beratur panjang, tapi sangat berbaloi untuk anda cuba.

Top 15 Kedai Makan Popular di Kelantan Yang Beratur Panjang Tapi Berbaloi Untuk Anda Tunggu, Rugi Tak Pergi!

15. Moksu Nasi Sup Daging Bakar

Jika teringin makan nasi sup bersama daging bakar yang empuk di Kota Bharu Kelantan, haaa memang di sini lah tempatnya.

Moksu Nasi Sup Daging Bakar sememangnya sudah terkenal dengan daging bakarnya yang sedap. Kedai lama dan dah dicop sebagai kedai legend di sini.

Hidangan nasi dijual dalam bentuk set dan juga asing, harga yang ditawarkan pun memang berbaloi.

Makan pun kenyang, hati pun senang!

Alamat: Jalan Kubang Bunut, Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 11 AM – 5 PM

Facebook: Moksu Nasi Sup Daging Bakar 

14. Ja Nasi Ayam Kampung Madu

Sesiapa yang teringin untuk mencuba hidangan lauk Ayam Kampung Madu yang sedap lagi lazat, boleh lah datang ke kedai makan Ja Nasi Ayam Kampung Madu.

Sememangnya sedap dan dihidangkan dengan sos pekat yang melengkapkan rasa ayam kampung itu. Makan dengan nasi putih pun sudah berselera. Isi ayam kampung yang dibakar menjadikan isinya bertambah lemak rasanya.

Bukan itu sahaja, pelbagai aneka hidagan lauk lain ada juga tau!

Alamat: Jalan Pasir Hor, Kampung Jaya, Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: 8 AM – 3 PM

Facebook: Ja Nasi Ayam Kampung Madu

13. Restoran Pohon Nako Kedai Makan Popular di Kelantan

Bagi yang ingin mencuba nasi berlauk ataupun hidangan Nasi Sumatera dengan harga yang sangat berpatutan, korang patut berkunjung ke sini. Restoran ini cukup dikenali dengan Nasi Kuah Kari Ayam yang pasti digilai ramai.

Nasi putih panas yang disajikan bersama ayam kampung ataupun ikan keli goreng bersaiz besar yang rangup adalah satu kombinasi yang cukup padu.

Harganya juga semestinya memuaskan. Bukan setakat itu, minuman yang ditawarkan juga memang menarik. Banyak lagi pilihan pelbagai yang ada. Nak tahu lagi? Jom serbu sekarang! Kedai Makan Popular di KelantanKedai Makan Popular di Kelantan Alamat: Jalan Che Su, Kota Bharu. – Dalam Bandar Kota Bharu.

Waktu Operasi: 10 AM – 4 PM

Facebook: Restoran Pohon Nako

12. Yati Ayam Percik

Jika sesiapa ingin mencuba ayam percik versi Kelantan, bolehlah berkunjung ke restoran Yati Ayam Percik yang menyediakan pelbagai lauk berasakan percik.

Ayam yang dibakar menggunakan arang dan disalut dengan kuah percik menjanjikan hidangan yang memang menyelerakan. Rempah yang digunakan juga sememangnya bermutu dan rugi kalau tak cuba.

Makan dengan nasi panas sahaja, sudah memadai! Bukan setakat lauk ayam atau ikan, pelbagai lauk lain seperti perut juga dijadikan percik tau! Korang kena rasa dan cuba.

Alamat: Jalan Long Yunus, Kampung Paya Bemban, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: 8 AM – 11 PM

Facebook: Yati Ayam Percik 

11. Kopitiam Kita

Siapa yang tak kenal dengan Kopitiam Kita? Terkenal sebagai antara port sarapan paling popular di Kelantan, ramai yang sanggup datang dari jauh untuk mencuba roti titab di sini. Pagi-pagi dah ramai orang!

Bukan setakat roti titab, malah pelbagai menu sarapan dengan citarasa Pantai Timur dihidangkan di sini seperti nasi tumpang, nasi minyak, laksam, nasi lemak dan nasi dagang.

Tak dilupakan juga aneka kuih muih yang turut menanti pelanggan. Nasi berlauk pun dah ada pagi-pagi. Alamatnya memang kenyang sampai ke petanglah jawabnya!

 

Alamat: 4357-A Taman Desa Jaya Jalan Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu, Kelantan,

Waktu Operasi: 6.30pg-12.30ptg (Jumaat)

6.30pg-2.30ptg (Sabtu-Selasa)

6.30pg-2.30ptg (Khamis)

Tutup pada setiap hari Rabu

Facebook: Kopitiam Kita RotiTitab EST 2010

10. Maggi Belut Bukit Marak

Mungkin ramai yang belum pernah cuba maggi belut ni, tapi bila sudah sampai ke Kelantan, memang rugi kalau tak rasa sendiri.

Dibuka hingga lewat malam, maggi belut ni memang sesuai untuk dinikmati sebagai hidangan makan malam atau supper. Patutlah ramai, sebab memang padu betul gabungan belut dengan maggi tomyam!

Rasa kuah tomyamnya memang kaw, pekat dan pedas. Belutnya pula sangat segar dan berjus, memang lain dari yang lain!

Kalau tak nak belut, anda juga boleh nikmati maggi tomyam di sini dengan ayam, sotong, udang dan lain-lain. Tapi rugilah kalau tak rasa maggi belut yang jadi hidangan signature di sini, kan?

Alamat: 212, Jln Bukit Marak, 16400 Melor, Kelantan

Waktu Operasi: 2.30 petang – 3.30 pagi

9. Nasi Kerabu Tumis Liniey

Dikatakan sebagai antara nasi kerabu paling power di Kelantan, ramai yang sanggup beratur tak kira hujan atau panas untuk nikmati nasi kerabu ala Golok yang dipadankan dengan sambal tumis.

Pelanggan pasti rambang mata dengan  pelbagai pilihan lauk-pauk yang dihidangkan di sini seperti ayam, daging, puyuh serta ikan.

Tapi, hidangan yang paling laris di sini sudah tentu kambing bakar yang memang ngam dimakan bersama nasi kerabu.

Jangan lupa juga untuk letak solok lada sekali!

Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 7.30 pagi – 2.00 petang (dibuka setiap hari)

8. Warisan Nasi Kukus

Bila berada di Kota Bharu, jangan lupa untuk cuba nasi kukus yang paling legend dekat sini iaitu Warisan Nasi Kukus.

Jika anda biasa makan nasi kukus yang dipadankan dengan kuah dan ayam goreng, anda pasti terkejut bila ke Nasi Kukus Warisan.

Mana taknya, bukan setakat ayam goreng bersaiz jumbo, malah terdapat puluhan lauk pauk yang anda boleh padankan bersama nasi kukus.

Yang paling best adalah lauk sambal udang dan sotong yang besar dan segar. Harganya juga sangat berbaloi dengan saiz hidangan yang cukup besar. Patutlah ramai yang sanggup beratur!

Alamat: Jalan Wakaf Mek Zainab 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 4.30 petang-10.00 malam

Facebook: Warisan Nasi Kukus

7. Selera Tepi Sungai

Dibuka seawal 8.00 pagi hingga lewat malam, restoran Selera Tepi Sungai sangat sesuai untuk anda kunjungi untuk nikmati pelbagai hidangan tak kira masa. Bukan setakat hidangan lauk pauk, malah makanan Western pun ada di sini.

Bagi yang pertama kai berkunjung di sini, kami syorkan anda untuk cuba nasi kerabu pada waktu pagi. Untuk santapan makan tengah hari, anda boleh cuba aneka masakan kampung dengan citarasa asli Kelantan. Lengkap dengan ulam-ulaman tau!

Jangan lupa juga untuk cuba makanan Western yang special di sini seperti Chicken Mushroom Fetuccine Carbonara, Deep Fried Calamari, Mix Platter dan Sirloin Steak. Memang lazat, saiz hidangannya juga cukup besar, berbaloi dengan harga!

Kedai Makan Popular di Kelantan Kedai Makan Popular di Kelantan

Alamat: Lot 667 Jln Machang, Kg Tepi Sungai, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Waktu Operasi: 7.00 pagi hingga 11.00 malam.

Facebook: Selera Tepi Sungai

6. Warung Pak Mat Pulau Pisang

Kalau anda nak cuba teh tarik madu paling power di Kelantan, bolehlah ke Warung Pak Mat Pulau Pisang. Kedai Makan popular di Kelantan ni memang sentiasa ramai walaupun menu yang ditawarkan cukup ringkas.

Jangan lupa untuk cuba sendiri sup ikan yang cukup istimewa di sini. Walaupun ringkas, tapi ia boleh buatkan anda teringat sampai bila-bila. Rugi tak cuba!

Kedai Makan Popular di Kelantan

Kedai Makan Popular di Kelantan

Alamat: Medan Ikan Bakar Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar 15350 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 7.30 pagi – 4.30 petang (Tutup setiap Selasa)

Facebook: Warung Pak Mat Pulau Pisang

5. Mok Yoh & Pok Kob Gulai Serati & Ayam Kampung

Bila anda berkunjung ke Kelantan, jangan terkejut bila anda dapati banyak hidangan berlauk pada waktu pagi! Orang Pantai Timur memang biasa nikmati nasi berlauk untuk sarapan.

Bagi yang nak cuba masakan tradisi nasi berlauk gaya asli Kelantan, bolehlah ke gerai Mok Yoh & Pok Kob Gulai Serati & Ayam Kampung, salah satu restoran nasi berlauk pagi yang paling popular di Bachok.

Sesuai dengan namanya, anda wajib cuba menu gulai ayam kampong dan gulai serati yang laku keras di sini.

Selain itu, terdapat banyak lagi menu lain yang anda boleh nikmati seperti gulai ikan ayo, ikan bakar, nasi dagang, kuih muih tradisional dan macam-macam lagi. Confirm kenyang sampai menyandar!

Kedai Makan Popular di Kelantan

Kedai Makan Popular di Kelantan

Alamat: Lot 1028 KAMPUNG KUBANG GOLOK 16300 Bachok, Kelantan

Waktu Operasi: 7.00 pagi-1.00 tengah hari

Facebook: Mok Yoh & Pok Kob Gulai Serati & Ayam Kampung

4. Kedarotippaye Kuala Krai (Kedai Roti Tempayan)

Menyajikan antara roti tempayan yang asli dan terbaik di Kelantan, anda wajib cuba roti tempayan yang beraroma dan sangat lembut di Kedarotippaye Kuala Krai.

Yang membuatkan roti tempayan ini istimewa adalah cara pembuatannya yang cukup unik menggunakan resepi tradisi turun-temurun.

Antara roti tempayan yang anda wajib cuba di sini adalah roti tempayan biasa, roti tempayan garlic, dan roti tempayan cheese.

Memang enak bila dimakan bersama pelbagai aneka kari seperti kari daging, kari kambing dan kari kepala ikan style Kelantan yang pekat dan menyelerakan.

Kalau teringin yang manis, pesanlah roti tempayan cheese nutella di sini, confirm tak menyesal!

Selain roti tempayan, anda juga berpeluang untuk nikmati makanan ala mamak seperti nasi kandar, roti canai dan murtabak. Memang best!

Kedai Makan Popular di Kelantan

Kedai Makan Popular di Kelantan Kedai Makan Popular di Kelantan

Alamat: PT5827, Belakang Pasaraya Pantai Timor, Jalan Kuala Krai-Gua Musang 18000 Kuala Krai, Kelantan

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam

Facebook: Kedarotippaye Kuala Krai – Roti Tempayan, Naan Cheese

3. KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh

Bagi penggemar ikan bakar, jangan lupa singgah ke KST Ikan Bakar bila berkunjung ke Kelantan. Turut dikenali sebagai Raja Ikan Bakar, restoran ini cukup terkenal dengan aneka sambal dan ulam-ulaman untuk dinikmati bersama ikan bakar yang enak dan segar.

Jangan lupa untuk pesan sekali sotong goreng tepungnya yang cukup padu! Kalau teringin pencuci mulut, pesanlah aneka bingsu yang laku keras di sini seperti bingsu tembikai atau bingsu manga.

Jarang boleh jumpa restoran ikan bakar yang sediakan menu bingsu. Memang berbaloi untuk beratur lama!

Kedai Makan Popular di Kelantan

Kedai Makan Popular di Kelantan Kedai Makan Popular di Kelantan Kedai Makan Popular di Kelantan

Alamat: Lot 1214, Sek 6, 2, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 4.00 petang-12 tengah malam

Facebook: KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh 

2. Suwarin Jinda

Bila anda rasa sendiri makanan di Suwarin Jinda, barulah anda faham kenapa kedai makan popular di Kelantan ini sentiasa ramai orang. Di sini, anda boleh cuba aneka hidangan colek berasaskan ramuan segar seperti makanan laut, cucuk-cucuk dan colek perut campur.

Tidak hanya menawarkan menu colek, malah restoran ini juga popular dengan sajian Thailand autentik seperti Miang Pla Pao (ikan bakar garam), somtam goreng, roti bangkok, dan Pla Muek Yang (sotong bakar sumbat).

Jangan lepaskan peluang juga untuk nikmati shellout, daging harimau menangis dan perut bulat bakar yang cukup istimewa di sini.

Bukan itu saja, ada macam-macam set hidangan yang anda boleh kongsi bersama rakan dan keluarga seperti Set King Suwarin, Shellout Thai, Miang King, dan Set Mukbang yang sangat menyelerakan.

Tengok sajalah seafood segar dan daging bakar yang disajikan. Siapa yang tak tergoda?

Jika bernasib baik, anda juga berpeluang untuk nikmati Giant Oyster yang diimport khas dari Thailand dan udang galah yang sering jadi rebutan pelanggan.

Alamat: Lot 553, Jalan Kuala Besar, Kg Buluh, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Hari Operasi: Buka setiap hari kecuali Ahad dan Isnin

Waktu Operasi: 4.00 PM – 12.00AM

Facebook: Suwarin Jinda Café

1. D’Klasik Cherang

Kalau korang nak makan makanan sedap dengan persekitaran yang selesa dan memuaskan, bolehlah ke D’Klasik cawangan Cherang, Kota Bharu untuk menikmati makanan yang sedap di sana.

Bukan sahaja menghidangakn makanan barat atau western yang pelbagai, makanan selera kampung seperti Nasi Kerabu Kambing Bakar, Nasi Berlakuk Weyya, Nasi Ikan Bekok dan juga banyak masakan panas yang pelbagai. Macam-macam lagi hidangan yang unik ada tau!

Yang penting, roti canai pun ada tau! Memang sedap dan memikat selera.

Bukan setakat makanan yang sedap, minuman juga disediakan dengan pelbagai rasa dan persembahan yang menarik. Memang hilang haus tekak!

Selain itu, penghantaran makanan percuma juga dibuat oleh D’Klasik ni tau jika korang membuat pembelian sehingga RM30 dan ke atas. COD untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam disediakan. Buat pesanan dari rumah dan tunggu pihaknya datang. Penghantaran sehingga 40 KM jauhnya.

Alamat: Taman Kenangan, Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu.

Waktu Operasi: 12 PM – 11.30 PM

Facebook: D’ Klasik White Coffee – Kota Bharu 

Sedapnya makanan yang ada dekat Kelantan! Memang berbaloi dengan hidangan sedap dan unik dari kedai masing-masing. Makanan yang korang bakal nikmati di restoran-restoran ini memang cukup mantap!

Rugi kalau tak cuba. Jangan lupa untuk masukkan senarai kedai makan popular ni untuk kunjungan anda ke Kelantan nanti. Jom serbu!

tags: | |