Seperti yang kita ketahui, walaupun nasi ayam ini berasal daripada China namun ramai rakyat Malaysia yang menyukainya. Jika anda berada di Kelantan dan tertanya-tanya di mana kedai yang sesuai untuk anda menikmati nasi ayam atau makanan lain, anda mungkin boleh pergi di beberapa kedai seperti dalam senarai di bawah ini. Memang semuanya sedap dan anda wajib terjah kedai-kedai tersebut sekarang!
Sebut sahaja OG Nasi Ayam pastinya penduduk ni negeri Kelantan mengenalinya. Ianya dikenali ramai kerana setiap hidangan yang disediakan memang terlampau sedap. Dari nasi ayam hingga ke burger semuanya sedap. Boleh kalah hotel 5 bintang tau!
[foogallery id=”5964″]
[foogallery id=”6202″]
OG Nasi Ayam tidak jauh beza dengan OG Nasi Ayam 2, kesedapannya sama sahaja. Cuma persekitarannya yang berbeza. Memang sangat disarankan untuk anda semua kerana tempatnya bersih dan nasi ayam yang disediakan juga adalah sangat unik.
Sebut sahaja ayam kampung madu pastinya semua sudah meleleh air liur kan? Jika ya bolehlah singgah di kedai Ja Nasi Ayam Kampung Madu ini. Memang jauh bezanya jika dibandingkan dengan kedai-kedai yang lain. Mungkin disebabkan hidangan yang berbeza ia menjadi tarikan orang luar dan juga penduduk setempat.
[foogallery id=”6008″]
[foogallery id=”6203″]
Jika ke Kelantan tidak sah sekiranya tidak mencuba masakan atau hidangan nasi paku. Lebih-lebih lagi nasi paku ayam kampung di Berek 12 ini. Kedai ini sudah lama beroperasi, namun sambutan yang diterima saban tahun memang sangat mengalakkan.
[foogallery id=”6207″]
[foogallery id=”6212″]
Terletak di bandar pusat bandar, kedai Abah Umi & Abe Nasi Ayam ini memang menjadi tumpuan orang ramai. Walaupun kedainya kecil namun pengunjung amat menyukai nasi ayam di sini, mungkin kerana nasi ayamnya yang crispy dan crunchy. Ditambah pula dengan rasa sup dan nasi yang super sedap, memang menjadi!
[foogallery id=”6215″]
[foogallery id=”6222″]
JIka anda peminat nasi ayam dimana ayamnya digoreng terlebih dahulu, anda patut singgah di Kedai Nasi Ayam Zaki ini. Setiap hari memang ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang demi menikmati nasi ayam di sini. Tidak kurang juga dengan tempahan yang masuk. Memang banyak, jadi itu tandanya nasi ayam di sini memang tebaik!
[foogallery id=”6226″]
[foogallery id=”6229″]
Melihat kepada namanya, anda pasti tertanya-tanya penangan nasi ayam di restoran Nasi Ayam Casper ini kan? Seperti nama kedainya yang luar biasa, begitu juga dengan makanannya. Selain dari nasi ayam, ada juga menu lain seperti western food dan masakan panas yang sedap. Rugi kalau anda tak cuba!
[foogallery id=”6231″]
[foogallery id=”39161″]
Nak rasa macam mana rasa nasi ayam versi Thai? Min’s Soup & Chicken Rice adalah tempat terbaik untuk anda kunjungi. Di sini mereka menyediakan nasi ayam dan masakan lain ala Thai. Kebiasaannya masakan yang berasal dari Thai atau dimasak oleh orang Thai semuanya sedap. Malah bukan sahaja sedap harganya juga murah. Mesti singgah!
[foogallery id=”38749″]
[foogallery id=”6240″]
Sekiranya anda berada di Kota Bharu, singgah sahaja di kedai Nasi Ayam Mok Aji ini untuk menikmati nasi ayam yang bukan biasa-biasa sedapnya. Keistimewaan utama nasi ayam di sini adalah terletak pada ayamnya. Selain itu, kedai ini juga turut menyediakan banyak lagi menu yang lazat selain nasi ayam.
[foogallery id=”38762″]
[foogallery id=”38763″]
Nasi ayam memang sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja. Baik pada waktu siang mahupun malam. Sekiranya anda teringin makan nasi ayam yang sedap, ayam yang lembut dan sosnya yang secukup rasa pada waktu malam, bolehlah kunjungi kedai Nasi Ayam D’amra ini. Kerana kedai ini dibuka sehingga lewat malam tau!
[foogallery id=”38780″]
[foogallery id=”38781″]