Berada di Serawak? Tak tahu nak makan apa. Mungkin senarai kedai makan di bawah ini membantu anda membuat pilihan yang tepat dan terbaik. Senarai kedai di bawah ini ada menyediakan pelbagai menu atau jenis nasi ayam. Selain nasi ayam ada juga menu lain yang mana sangat menggiurkan.
Senarai kedai nasi ayam di bawah ini memang antara top 10 yang tersedap di Sarawak tau. Jadi jangan lupa ye pilih mana-mana kedai yang anda berdekatan dengan anda dan menjamu selera di sana. Selamat mencuba!
Nasi Ayam Simpang 3 Kubah Ria merupakan antara kedai yang menyediakan nasi ayam yang tersedap di Kuching. Sekiranya anda berada di Kuching, singgahlah sekejap di sini bagi menjamu selera bersama yang tersayang. Selain dari nasi ayam, ada juga menu lain yang mana memang tidak dapat dinafikan kesedapannya.
[foogallery id=”7779″]
[foogallery id=”7780″]
Terletak di Pekan Sibu, kedai Nasi Ayam Ori Kampung Baru SIbu ini memang sering dikunjungi orang ramai. Mana tidaknya nasinya yang sedap dan murah pastinya membuatkan orang ramai sangat menyukai nasi ayam di sini. Memang rugi jika anda berada di Pekan Sibu tetapi tidak singgah menjamu selera di sini.
[foogallery id=”7787″]
[foogallery id=”7788″]
Siapa penggemar ayam bakar? Nak cari ayam bakar yang betul-betul sedap dan kena dengan selera kita agak sukar kan? Tetapi RJ Ayam Bakar ini pasti kena dengan selera anda. Rasa ayam bakarnya memang sedap, betul-betul juicy serta lembut di dalam dan garing di luar. Dicicah pula dengan sambal memang menyangkut habis!
[foogallery id=”7795″]
[foogallery id=”7796″]
Sebut sahaja Joo Seng Cafe pasti ramai yang tahu akan kedai makan ini. Di sini mereka sediakan pelbagai jenis makanan dan yang paling digemari orang ramai adalah nasi ayam dan air teh tarik serta roti nya yang lain dari lain. Cafe ini sudah lama beroperasi, sejak tahun 1962 lagi. Namun sehingga kini ia menjadi tumpuan penduduk setempat dan orang luar.
[foogallery id=”7805″]
[foogallery id=”7806″]
Raja Nasi Ayam Tempayan memang raja segala makanan. Bukan sahaja nasi ayamnya yang sedap dan digemari ramai tetapi banyak lagi makanan lain termasuklah roti canai dan western food. Jika anda ke sini pastinya anda tidak akan menyesal. Pasti anda akan jatuh cinta dan akan datang lagi ke sini!
[foogallery id=”40098″]
[foogallery id=”40109″]
Terletak di Sibu, kedai Nasi Ayam Singapore ini merupakan kedai yang anda boleh kunjungi bagi mengisi perut yang kosong. Sangat sesuai untuk anda yang ingin bersarapan, makan tengahari atau pun makan malam. Selain dari nasi ayamnya yang sedap, ada juga menu lain yang istimewa di sini iaitu Cangkok Manis Telur. Memang sangat padu!
[foogallery id=”40121″]
[foogallery id=”40122″]
Nak makan nasi ayam yang super sedap? Tapi dalam masa yang sama teringin nak makan makanan lain juga, bolehlah singgah menjamu selera di Restoran Aho Mi Sapi Nasi Ayam ini. Tempatnya yang selesa dan makanannya yang sedap merupakan salah satu sebab kenapa ia sering dikunjungi oleh orang ramai. Jadi sekiranya anda berada di Pekan Sibu, jangan lupa untuk singgah di sini ye!
[foogallery id=”40131″]
[foogallery id=”40133″]