Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Senarai Kedai Nasi Ayam Yang Tersedap Di Sarawak Yang Wajib Anda Serbu Sekarang!

Nur Zakiah by Nur Zakiah
April 8, 2021
in Tempat Makan
4 min read
0 0
0
kedai nasi ayam di Sarawak
0
SHARES
64
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Berada di Serawak? Tak tahu nak makan apa. Mungkin senarai kedai makan di bawah ini membantu anda membuat pilihan yang tepat dan terbaik. Senarai kedai di bawah ini ada menyediakan pelbagai menu atau jenis nasi ayam. Selain nasi ayam ada juga menu lain yang mana sangat menggiurkan.

BacaJuga

Sanggup Redah 440 km Sebab Isteri Mengidam Nasi Ayam, Tindakan Suami Ini Dapat Pujian Netizen

Sanggup Redah 440 km Sebab Isteri Mengidam Nasi Ayam, Tindakan Suami Ini Dapat Pujian Netizen

Mei 16, 2022
258
resepi nasi ayam simple

Resepi Nasi Ayam Yang Simple Tapi Padu Sangat, Kecur Liur Dibuatnya!

Mei 4, 2022
221

Senarai kedai nasi ayam di bawah ini memang antara top 10 yang tersedap di Sarawak tau. Jadi jangan lupa ye pilih mana-mana kedai yang anda berdekatan dengan anda dan menjamu selera di sana. Selamat mencuba!

7 Kedai Nasi Ayam Di Sarawak, Jom Pergi Sekarang!

Kandungan

  • 1. Nasi Ayam Simpang 3 Kubah Ria
  • 2. Nasi Ayam Ori Kampung Baru Sibu
  • 3. RJ Ayam Bakar
  • 4. Joo Seng Cafe 裕成
  • 5. Raja Nasi Ayam Tempayan
  • 6. Nasi Ayam Singapore
  • 7. Aho Mi Sapi Nasi Ayam Restoran

1. Nasi Ayam Simpang 3 Kubah Ria

Nasi Ayam Simpang 3 Kubah Ria merupakan antara kedai yang menyediakan nasi ayam yang tersedap di Kuching. Sekiranya anda berada di Kuching, singgahlah sekejap di sini bagi menjamu selera bersama yang tersayang. Selain dari nasi ayam, ada juga menu lain yang mana memang tidak dapat dinafikan kesedapannya.

Alamat:

  • Grd Fl SL1 L10880 Sect 65 KTLD, Q309, 93050 Kuching

Waktu Operasi:

  • Setiap Isnin hingga Sabtu : 10.00AM – 06.30PM
  • Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

2. Nasi Ayam Ori Kampung Baru Sibu

Terletak di Pekan Sibu, kedai Nasi Ayam Ori Kampung Baru SIbu ini memang sering dikunjungi orang ramai. Mana tidaknya nasinya yang sedap dan murah pastinya membuatkan orang ramai sangat menyukai nasi ayam di sini. Memang rugi jika anda berada di Pekan Sibu tetapi tidak singgah menjamu selera di sini.

Alamat:

  •  2-20, Jln Morshidi Sidek, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap hari bermula jam: 9.00AM–4.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

3. RJ Ayam Bakar

Siapa penggemar ayam bakar? Nak cari ayam bakar yang betul-betul sedap dan kena dengan selera kita agak sukar kan? Tetapi RJ Ayam Bakar ini pasti kena dengan selera anda. Rasa ayam bakarnya memang sedap, betul-betul juicy serta lembut di dalam dan garing di luar. Dicicah pula dengan sambal memang menyangkut habis!

Alamat:

  •  Ground Floor, 291, Jalan Abell, 93100 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 06.00PM – 02.00AM

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

4. Joo Seng Cafe 裕成

Sebut sahaja Joo Seng Cafe pasti ramai yang tahu akan kedai makan ini. Di sini mereka sediakan pelbagai jenis makanan dan yang paling digemari orang ramai adalah nasi ayam dan air teh tarik serta roti nya yang lain dari lain. Cafe ini sudah lama beroperasi, sejak tahun 1962 lagi. Namun sehingga kini ia menjadi tumpuan penduduk setempat dan orang luar.

Alamat:

  •  No 125 , 1 1/2 Miles, Jalan Rock, 93200 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi:

  • Setiap Isnin hingga Sabtu : 05.30 AM – 05.00 PM
  • Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

5. Raja Nasi Ayam Tempayan

Raja Nasi Ayam Tempayan memang raja segala makanan. Bukan sahaja nasi ayamnya yang sedap dan digemari ramai tetapi banyak lagi makanan lain termasuklah roti canai dan western food. Jika anda ke sini pastinya anda tidak akan menyesal. Pasti anda akan jatuh cinta dan akan datang lagi ke sini!

Alamat:

  • No. 397 & No. 398 Ground Floor, Greenfield Jaya Shoplot, Jalan Orang Kaya Setiaraja, 96400 Mukah, Sarawak

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 05.00PM – 11.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

6. Nasi Ayam Singapore

Terletak di Sibu, kedai Nasi Ayam Singapore ini merupakan kedai yang anda boleh kunjungi bagi mengisi perut yang kosong. Sangat sesuai untuk anda yang ingin bersarapan, makan tengahari atau pun makan malam. Selain dari nasi ayamnya yang sedap, ada juga menu lain yang istimewa di sini iaitu Cangkok Manis Telur. Memang sangat padu!

Alamat:

  • Jalan Pedada 96000, Sibu, Sarawak 

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 08.30AM – 09.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

7. Aho Mi Sapi Nasi Ayam Restoran

Nak makan nasi ayam yang super sedap? Tapi dalam masa yang sama teringin nak makan makanan lain juga, bolehlah singgah menjamu selera di Restoran Aho Mi Sapi Nasi Ayam ini. Tempatnya yang selesa dan makanannya yang sedap merupakan salah satu sebab kenapa ia sering dikunjungi oleh orang ramai. Jadi sekiranya anda berada di Pekan Sibu, jangan lupa untuk singgah di sini ye!

Alamat:

  • Jalan Causeway, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 09.00AM – 04.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

Download Premium WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Download WordPress Themes Free
free download udemy paid course
download lenevo firmware
Tags: Kedai nasi ayamkedai nasi ayam di SarawakPelbagai Resepi Nasi Ayam Sedap dan MudahSarawak
ShareTweetSend

Related Posts

Port Sarapan Paling Best di JB Yang Wajib Anda Singgah, Rugi Tak Cuba!
Tempat Makan

Port Sarapan Paling Best di JB Yang Wajib Anda Singgah, Rugi Tak Cuba!

Mei 17, 2022
35
Port Asam Pedas Melaka Paling Famous Yang Wajib Anda Kunjungi, Rugi Tak Cuba!
Tempat Makan

Port Asam Pedas Melaka Paling Famous Yang Wajib Anda Kunjungi, Rugi Tak Cuba!

Mei 11, 2022
194
Khas Untuk Penggemar Nasi Kandar di Kelantan, Ini 10 Port Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu, Menyesal Tak Cuba! 
Tempat Makan

Khas Untuk Penggemar Nasi Kandar di Kelantan, Ini 10 Port Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu, Menyesal Tak Cuba! 

Mei 6, 2022
88
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist