Dengan kitar semula, anda boleh berjimat dan secara tidak langsung amalan itu akan menyelamatkan alam sekitar.
Tidak kiralah anda mengitar semula bahan dari kertas, plastik ataupun bahan lain seperti sisa makanan atau apa-apa lebihan, ia sememagnya menjamin kelestarian alam.
Dan tahukah anda dengan kitar semula minyak masak, anda bukan sahaja dapat menjaga alam sekitar dari tercemar, tetapi anda juga mendapat pulangan wang ringgit.
Seperti tempat kitar semula di Alam Flora, mereka menerima sehingga lebih 15 bahan kitar semula termasuklah minyak masak.
Berdasarkan hantaran oleh seorang netizen Ikhwan Nazri yang pernah mengitar semula di Alam Flora, dia berkongsi tentang bagaimana dengan hanya mengitar semula, anda akan mendapat pulangan wang mengikut kuantiti yang diberi.
Berikut merupakan pusat kitar semula seluruh Malaysia berserta lokasi. Anda disarankan untuk memaklumkan terlebih dahulu bagi menyemak sekiranya mereka masih menerima minyak masak terpakai dan juga waktu operasi mereka.
Semoga perkongsian kitar semula minyak masak ini bermanfaat buat pembaca Daily Makan.
Sumber: Ikhwan Nazri / tajria