Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kes Covid Makin Tinggi, Doktor Ini Kongsi Senarai Makanan Untuk Tingkatkan Imuniti Anak

Kes Covid Makin Tinggi, Doktor Ini Kongsi Senarai Makanan Untuk Tingkatkan Imuniti Anak

Kategori:
imuniti anak

Akhir-akhir ini, kes Covid-19 di Malaysia sedang meningkat dari hari ke hari. Ia meningkat kepada 6,796 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48/2023) iaitu dari 26 November hingga 2 Disember lepas berbanding 3,626 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Hal ini membawa kebimbangan kepada semua rakyat dan semua berharap tragedi dahulu tidak berulang kembali.

Oleh hal demikian, seorang doktor Mazliana Mazlan berkongsi tentang pemakanan sihat yang boleh meningkatkan imunisasi badan bagi mengelak virus ini untuk senang dijangkiti.

Menurut hantaran yang dimuatnaik di laman Facebooknya, dia menulis tentang kebaikan makanan yang menaikkan imuniti anak. Dan dalam masa yang sama, untuk elakkan makanan yang tinggi radang.

Kes Covid Makin Tinggi, Doktor Ini Kongsi Senarai Makanan Untuk Tingkatkan Imuniti Anak

“Covid dah naik. Up kan imun anak. Habatussauda’a setiap hari. Elak makanan tinggi radang. Lebihkan makanan naikkan imun. Virus tu memang dekat situ. Kita usaha kuatkan imunti anak,” tulisnya.

Senarai Makanan Tinggi Radang

  • roti
  • biskut
  • bijirin
  • sosej, burger, pizza
  • keropok jajan
  • aiskrim
  • minuman 3in1

Makanan naikkan imun:

  1. air kelapa
  2. madu
  3. minyak zaitun
  4. minyak kelapa
  5. ikan, ayam, daging, udang
  6. buah – jambu, oren, buah naga
  7. sayur-sayuran

Pendek kata, tinggalkan makanan tinggi protes. Banyakkan real food.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat beramal.

Sumber: Mazliana Mazlan

Baca juga: “Nak Anak Otak Bijak Kena Masak Cara Ni” – Doktor Ini Kongsi Amalan Seminggu Dua Kali Buat Lauk Ikan, Paling Bagus Masak Singgang

tags: | |