Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sendiri Malu! Wanita Ini Datang Wedding Terus Makan, Sehingga Terlupa Buka Helmet Doraemon

Sendiri Malu! Wanita Ini Datang Wedding Terus Makan, Sehingga Terlupa Buka Helmet Doraemon

Kategori:
thumnail helmet

Penggunaan helmet bagi penunggang motosikal adalah sangat penting untuk menjaga keselamatan. Tapi tiada siapa yang sangka bahawa akan ada individu yang begitu mengambil serious dengan pemakaian helmet ini sehingga tanpa sedar masih memakainya pergi ke mana-mana sahaja hingga menjadi tular di media sosial.helmet

Dah pakai cantik-cantik, tapi lupa buka helmet pula!

Menerusi satu perkongsian video di laman sosial media Tiktok, seorang wanita dirakam telah menghadiri kenduri perkahwinan dengan memakai dress yang kelihatan cantik.

Namun apa yang peliknya adalah wanita itu datang dalam keadaan yang masih belum membuka helmet di kepalanya. Kejadian yang tidak disengajakan itu turut disedari oleh para tetamu yang hadir.

Bila tetamu tegur barulah perasan, sehingga membuatkan…

Sehinggalah ingin mencapai makanan yang disediakan di kenduri kahwin berkenaan, wanita itu akhirnya diteguri oleh para tetamu yang hadir mengenai helmet ‘Doraemon’ tersebut masih belum ditanggalkan sehingga membuatkan wanita itu tidak dapat menahan ketawa dan terduduk disebabkan terlalu malu.helmet

@fenyelvira195siapa ni yang pernah kayak kakak ini, lupa buka helem ##samasamaketawa ##kocakabis ##art♬ suara asli – fenyelvira195

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terhibur melihat perkongsian video berkenaan. Malah, ada juga yang berkata bahawa kesilapan itu sudah biasa buat penunggang motosikal.

Dalam pada itu, masing-masing dilihat sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama.helmet 3helmet 4 helmet 5

Terdapat lebih 500 komen yang diberikan oleh pengikut akaun TikTok itu. Sungguh terhibur membaca pengalaman yang dikongsikan itu. Rata-rata ada yang berkongsi pengalaman yang sama dan yang berlainan cerita diantara mereka.

Sumber: TikTok fenyelvira195

Baca juga: “Mana Makcik Semalam Yang Sesuka Hati Cop Isteri Saya Pemalas Tu?” Isteri Pernah ‘Dikecam’, Lelaki Ini Tampil Dengan Bukti!

tags: | | | |