Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Derita Dia..”, Serah Suami Buat Ayam Golek Di Rumah, Pelik Pula Jadinya

“Derita Dia..”, Serah Suami Buat Ayam Golek Di Rumah, Pelik Pula Jadinya

Kategori:
SUAMI BUAT AYAM GOLEK

Ayam golek semestinya menjadi antara hidangan pilihan ramai untuk berbuka puasa. Enak dimakan bersama nasi putih atau begitu sahaja, ia dijual di serata tempat sempena bulan Ramadan ini.

Harga ayam golek agak berpatutan tapi ada yang tak sangup untuk keluar dari rumah dan beratur lama untuk membelinya. Jadi untuk menjimatkan masa, anda boleh juga cuba menyediakannya sendiri di rumah. Namun kenalah tahu caranya. Selain penyediaan perapan, cara memasak ayamnya perlulah tepat. Kalau tidak, ia tak akan menjadi!

Serah Suami Buat Ayam Golek, Lain Pula Jadinya

Mungkin kerana teringin untuk menikmati seekor ayam golek tapi tak mahu membeli, seorang wanita ingin cuba memasaknya sendiri di rumah dengan menggunakan peralatan yang ada di dapur seperti oven dan pemusing yang ada.

Walaupun hasilnya mungkin tidak akan sama dengan yang dijual di kedai tapi dia tetap nekad untuk menyediakannya sendiri dengan bantuan suami. Setelah siap diperap dengan rempahnya, wanita itu menyerahkan tugas memanggang ayam pada suaminya. SUAMI BUAT AYAM GOLEK

Dipasang pada besi pemusing dan diletakkan di dalam oven, mereka membakarnya. Tapi bila diperiksa, wanita itu tergelak melihat rupa ayam itu. Tidak diikat, ia menjadi sukar untuk ayam itu dipusing dengan sebaiknya. SUAMI BUAT AYAM GOLEK

Tak sanggup melihat ayam itu ‘menderita’, wanita itu mencabutnya dari besi tersebut lalu dibakar seperti biasa dalam oven. Walaupun ayam goleknya tidak menjadi, cara itu lebih mudah dan ayam akan dimasak sepenuhnya. Nampaknya niat nak makan ayam golek kecundang gara-gara serah ‘kerja’ pada suami. SUAMI BUAT AYAM GOLEK

@aishah_hanapihehehe♬ LIMITS THE SKY – Mpax

Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang turut terhibur mencadangkan pada wanita itu untuk menggunakan tali dan megikat bahagian sayap dan kaki ayam itu supaya perkara itu tidak berlaku lagi. Nak masak kenalah tahu cara yang betul.

Guna Cara Lain Pula Lain Kali SUAMI BUAT AYAM GOLEK

Agaknya inilah jadinya bila kita serahkan tugas memasak pada suami. Asalnya nak makan ayam golek tapi akhirnya dapat ayam panggang pula. Lain kali kena sentiasa memantau mereka bila di dapur.

Kredit: aishah_hanapi

Baca Juga: Wanita Mengandung Sangup Beratur Lama Semata-Mata Untuk Beli Kunafah, Akhirnya Peniaga Ini..

tags: | |