Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Seri Muka aka Puteri Salad Dahlia’s Kitchen

Seri Muka aka Puteri Salad Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,

Kuih seri muka merupakan salah satu kuih yang tak pernah dilupakan. Ramai yang menggemarinya tetapi tidak tahu cara membuatnya. Jangan khuatir kerana saya dah sediakan resepi Seri Muka aka Puteri Salad Dahlia’s Kitchen yang lengkap untuk anda semua.

Resipi Seri Muka aka Puteri Salad

Bahan- Bahan untuk Lapisan Bawah

  • 2 Cawan Beras Pulut (direndam selama 1/2 jam)
  • 3 Cawan Santan
  • Garam Sedikit
  • 1 Sudu Besar Minyak Kelapa/Makan

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas

  • 2 1/2 Cawan Gula Kasar( boleh kurangkan jika perlu)
  • 5 Sudu Besar Tepung Gandum (penuh)
  • 3 Cawan Santan
  • 5 Biji Telur
  • Garam Secubit
  • 1 1/2 Sudu Pandan Paste

Cara-cara Memasak:

  1. Sapukan minyak masak pada loyang. Kemudian masukkan beras pulut yang sudah direndam.
  2. Kemudian masukkan santan. Kukuskan sehingga masak.
  3. Sementara itu, masukkan gula, tepung gandum, garam dan telur kedalam bekas adunan dan gaulkan hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan santan dan adukkan hingga sebati. Toskan adunan. Masukkan pewarna panda atau pandan paste.
  5. Kemudian panaskan seketika diatas api.
  6. Tekan-tekankan pulut yang sudah masak supaya sekata untuk dijadikan bahagian bawah.
  7. Kemudian masukkan adunan untuk lapisan atas. Kemudian kukuskan sehingga masak.
  8. Keluarkan dan potong mengikut selera dan siap untuk dihidangkan.

Cara-cara memasak boleh rujuk Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Selamat mencuba.

Cuba jangan tak cuba. Belum cuba, belum tahu

 

tags: | | | |