Siapa sahaja yang tak kenal dengan Khairul Aming iaitu seorang selebriti masakan media sosial di Malaysia. Terkenal dengan video resepi yang viral, Khairul yang berusia 29 tahun, juga telah mengeluarkan Sambal Nyet yang mencapai jualan RM 1 juta pada waktu yang singkat.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran sejak mula meniaga Sambal Nyet , perniagaan influencer itu masih lagi teguh berdiri dan mendapat sambutan yang hangat.
Khairul Aming yang mempunyai followers sebanyak 928 ribu lebih di Twitter telah memuat naik gambar di laman tersebut.
Gambar pekerja J&T yang memuatkan bungkusan Sambal Nyet yang banyak di dalam sebuah lori itu telah mendapat sebanyak 1.7 ribu Retweet dan 8.4 ribu likes.
Menurutnya, pekerja J&T akan datang untuk mengambil parcal Sambal Nyet setiap hari tanpa gagal. Selalunya, lori akan datang 2 hingga 3 kali sehari untuk memastikan sambal yang dibeli akan dihantar secepat mungkin pada semua orang.
Merujuk kepada gambar, bukan sedikit tapi banyak juga parcel Sambal Nyet yang sedang dimuat dalam lori. Patut lah lori datang 3 kali sehari!
Menjengah di ruangan reply di Tweet tersebut, rata-rata warganet berasa teringin untuk merasa Sambal Nyet yang sangat terkenal oleh Khairul Aming. Ada juga yang tak sempat beli.
Meskipun tiada latar belakang atau pendidikan dalam bidang kulinari dan bidang industri masakan dan minuman, tapi perniagaan Sambal Nyet oleh Khairul Aming diterima baik. Semoga terus berjaya dan menjadi contoh yang baik pada usahawan yang lain.
Kredit: Twitter Khairul Aming
Baca Juga: ‘Orang Ngidam Jangan Buat Main’ – Khairul Aming Tunai Hasrat Wanita Hamil Mengidam Dipuji