Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dia Akan Pergi Order Makanan..” Setiap Kali Makan, Suami Hidangkan Semuanya. Wanita Syukur Dapat Orang Yang Tepat

“Dia Akan Pergi Order Makanan..” Setiap Kali Makan, Suami Hidangkan Semuanya. Wanita Syukur Dapat Orang Yang Tepat

Kategori:
setiap kali makan

Apabila berkahwin dengan pasangan yang kita pilih dan idamkan pastinya kita ingin hidup bahagia selamanya. Tidak ingin berpisah di pertengahan jalan dan tidak pula mahu berkahwin dua kali. Namun kehidupan yang penuh dengan onak duri ini pasti akan ada juga insan yang terpilih bakal diuji.

Bukan sedikit, ramai yang diuji dengan keretakan rumah tangga akibat dari diri sendiri atau pun suami. Ada yang suami tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik, ada juga suami yang curang dan sebagainya. Jadi sangat beruntung dan bersyukur lah apabila ada di antara korang yang dapat suami yang terbaik.

Wanita syukur dapat suami bertanggungjawab, hidangkan setiap kali makan

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita. Watie Hazree di aplikasi TikTok. Di mana dia berasa bersyukur dan berterima kasih kepada suaminya yang mana sangat bertanggungjawab menjaga dirinya dengan baik. Sehinggakan setiap kali makan, lebih-lebih lagi makan di luar atau food court suaminya akan menyediakan segalanya.

Watie hanya duduk menunggu dekat meja makan sahaja. Malah lebih sweet lagi, suaminya yang bawakan semua makanan tersebut kepadanya. Katanya, suaminya tidak mahu dia susah. Dari sebelum kahwin lagi suaminya dah lakukan semuanya. Ekoran itu, dia sangat bersyukur kerana Allah kurniakan suami yang bertanggungjawab dan menjaganya dengan baik.

@watiehazree1 T.kasih suami…🥰 #fypdongggggggg #viralvideo #foryourpage #fypシ #tiktokmalaysia ♬ original sound – 𖥻 ࣪ redza_Sharifah ʕ•ᴥ•ʔ𖥔 – redzasharifah aedyamelia🦋❤️🥺

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari wargent. Ada yang mengatakan dia sangat beruntung kerana dapat bersama dengan orang yang tepat serta ada yang sempat berseloroh menanyakan adakah ada lelaki macam suami Watie ini djual di Shopee.

Alhamdulillah..

Ada jual kat Shopee tak..

Tidak kurang juga ada yang sempat berkongsi situasi mereka di mana lebih kurang sama dengan Watie ini. Sehinggakan sudu dan tisu pun suami yang tolong ambilkan. Dalam masa yang sama ramai juga yang mendoakan pasangan ini bahagia hingga ke syurga.

Sama..

Semoga kekal jodoh sis..

Bagi korang yang dapat suami seperti ini, bersyukurlah. Ia juga merupakan satu rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya. Pastinya ramai yang menginginkan pasangan atau suami yang seperti ini. Walaubagaimanapun, tetaplah bersyukur dengan apa yang korang ada ketika ini.

Kredit: TikTok Watie Hazree

Baca juga: “Menangis Orang Yang Beli..” Suami Terkejut Isteri Selamba Guna Daging Wagyu Buat Masak Merah

tags: | |