Wanita kalau dah tiada mood untuk bersiap, mereka akan pakai apa sahaja asalkan menutup aurat. Tapi, kalau bab makanan, mereka tak akan lepaskan peluang kerana makanan sahaja yang mampu gembirakan mereka.
Seperti gadis gadis ini, baru pulang solat terawih dengan berpakaian telekung dan terus ke mcdonald’s untuk moreh.
Video ini dikongsikan oleh amirahharis7 dan netizen kebanyakkan yang memberi komen kaum wanita dan bertanya jenama apa dan beli dimana.
Mereka baru sahaja pulang dari solat terawih dan singgah ke mcdonald’s untuk membeli makanan.
Senang bukan apabila tidak perlu menggosok atau memakai tudung, hanya memakai telekung sahaja. Tidak perlu berfikir tentang awning dan sebagainya.
Netizen masih menunggu tuan video membalas komen mereka iaitu di mana mereka membeli telekung tersebut di mana dan jenama apa.
@amirahharis7 Baru hbis first terawih masuk mcd pakai telekung dah😂 @𝒏 𝒖 𝒓 𝒖 𝒍 . 🍒 @✨ @❤️🩹
@amirahharis7Baru hbis first terawih masuk mcd pakai telekung dah😂
Menerusi di ruangan komen, ramai juga yang sama pengalaman dengan gadis-gadis ini. Mereka berpakaian telekung sahaja untuk dijadikan sebagai penutup kepala.
Mudah, senang dan cepat! Tidak perlu fikir panjang-panjang, idea gadis-gadis ini dapat memberi inspirasi kepada wanita lain. Usah malu untuk memakai telekung ketika keluar membeli, malah orang lain akan sejuk hati melihat kita baru sahaja pulang dari masjid.
Kredit: amirahharis7