Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “I Want To Order Bolok Nise!” – Ragam Pelajar Sir aSai Sebut Makanan Italian Foods, Jadi Tumpuan Netizen & Belajar Bersama

“I Want To Order Bolok Nise!” – Ragam Pelajar Sir aSai Sebut Makanan Italian Foods, Jadi Tumpuan Netizen & Belajar Bersama

Kategori: ,

Menjadi seorang guru bahasa Inggeris di sesebuah sekolah mungkin menjadi salah satu ujian juga. Kerana, lidah pelajar-pelajar mungkin sudah keras untuk mencuba bercakap bahasa kedua kita. Namun, guru bahasa Inggeris seperti Sir aSai ini haruslah dicontohi kerana belaiu tahu cara yang sebenar untuk menarik minat mereka untuk belajar.

Sir aSai ini suka mengajar sebutan-sebutan English yang susah untuk mereka belajar dan setiap pelajar beliau mempunyai karenah masing-masing.

“I Want To Order Bolok Nise!” – Ragam Pelajar Sir aSai Sebut Makanan Italian Foods, Jadi Tumpuan Netizen & Belajar Bersama

Perkongsian ini dikongsikan sendiri oleh Sir aSai TV di laman media sosial TikToknya. Beliau mempunyai pengikut 1.1 juta pengikut dan kesemua video beliau viral kerana menunggu outro daripada Asyraff.

Salah satu video beliau yang baru sahaja dimuatnaik yang berkaitan cara sebutan Italian Food. Bermacam bunyi yang Erry sebut dan membuatkan netizen tergelak kerana tidak pernah lagi dengar seperti itu. Slang Kelantan Erry sangat kuat bunyi, botol budu pun boleh pecah.

english

“Bolok Nise, Perut Che Ta, Mozza Gila, Ayoyoyoo!” sebut Erry sambil menunjukkan di hadapan papan putih. Sir Asai hanya mampu tersenyum dan pening melihat Erry.

Tapi diselamatkan kembali oleh Izzat yang menyebut sebutan yang sebenar.

english

Dengan cara Sir Asai inilah semua pelajar dapat belajar dengan mudah dan bukan sahaja pelajar di sekolah beliau, di sekolah-sekolah lain juga sama. Orang dewasa seperti kita ini juga dapat belajar dan tambah ilmu pengetahuan baharu dalam bahasa English.

@sir_asai ITALIAN FOODS #sirasai #kronisirasai #TikTokGuru ♬ original sound – sir aSai (mr/teacher/cikgu)

Selama Ni Aku Order Spaghettis, Nak Bolognese Rupanya Salah

Menerusi di ruangan komen, semua netizen menantikan penampilan menarik Asyraf. Namun, tiada pula beliau. Mungkin tidak datang ke sekolah tapi ‘content’ Sir Asai mesti diteruskan dan tetap juga viral.

english english english english

Semoga Sir Asai akan terus buat ‘content’ seperti ini sampai bila-bila kerana tak mudah untuk pelajar stay dalam satu video.

Kredit: Sir aSai TV

Baca Juga: Tak Payah Beli Sos Spaghetti Bolognese, Buat Sendiri Lebih Segar Dan Sedap, Sesuai Dengan Mulut Melayu!

tags: | | | |