
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan bangsa. Ia menjadikan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan aman damai kerana walaupun seseorang terlahir dalam agama dan bangsanya, mereka tetap boleh mempelajari kehidupan bangsa dan agama lain menjalani kehidupan.
Seperti video yang dikongsikan TikTok @atikah_tahar, majlis sambutan Hari Raya itu itu diadakan di dewan besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berkenaan.
Video pendek itu menunjukkan para pelajar duduk dalam barisan, sementara para guru pula menghidangkan pelbagai juadah di tepi mereka.
Pada masa sama ada juga murid di atas pentas membuat persembahan bersama guru-guru mereka dalam kemeriahan SJKC sambut Hari Raya.
Kelihatan juga ada para guru dan murid-murid berbangsa cina juga tidak melepaskan peluang untuk berbaju melayu serta baju kurung pada hari itu
SJKC sambut Hari Raya mencuri tumpuan dan meraih pujian netizen yang ada pertama kali melihatnya di sambut di bukan di sekolah kebangsaan biasa.
Ramai gembira melihat keharmonian yang ditonjolkan oleh setiap para guru, pihak pengurusan, ibu bapa dan murid-murid dalam menjayakan majlis tersebut.
Sumber: Atikah Tahar
Baca juga: Sebak Lihat Pakcik Berbasikal Jual Ikan Tepi Jalan, Lelaki Ini Bantu Borong Semua