Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Letak Sos Di Pemegang Pintu Kereta, Ini Taktik Terbaru Perompak Zaman Sekarang!

Letak Sos Di Pemegang Pintu Kereta, Ini Taktik Terbaru Perompak Zaman Sekarang!

Kategori: ,
letak sos di pemegang kereta

Saban hari memang banyak kejadian rompakan yang berlaku. Tidak kiralah sama ada rompakan di kedai, rumah atau sebagainya. Malah apa yang lebih menakutkan lagi adalah apabila perompak cuba merompak kereta yang dipandu oleh golongan wanita.

Malah taktik terbaharu yang dipercayai dilakukan oleh sesetengah perompak adalah menggunakan sos. Mereka akan menyapu atau meletakkan sos cili atau sos tomato di pemegang pintu kereta.

Apabila pemandu atau pun individu terpegang atau terkena sos berkenaan, pastinya pemandu akan mencuba untuk menghilangkan dahulu sos tersebut dengan menggunakan tisu untuk menyapu tangan yang terkena itu sebelum memasukki kereta.

Mungkin pada saat inilah perompak datang dan mengambil kesempatan. Itulah kejadian atau situasi yang dikongsikan oleh Fatehah Basran.

Nah! Inilah taktik terbaru..

Singgah kedai makan. Nak balik tengok ada sos di pemegang pintu kereta. Terpegang sos masa nak buka pintu kereta. Tengah nak ambil tisu lap tangan. Perompak datang. Nah! inilah taktik terbaru. 

Tips! Jika berlaku macam ni. Lepas buka pintu, terus masuk ke dalam kereta. Kunci pintu. Lap tangan dengan tisu. Start enjin dan berlalu pergi. Dah rasa selamat, baru bersihkan pemegang pintu tadi. 

Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan apa yang berlaku. Zaman semakin canggih. Depa pun upgrade cara untuk merompak. 

Terutama perempuan guys. 

Noted ya! 

sos cili

Kadangkala pemikiran para perompak ini memang bernas. Sampai macam tu sekali taktik yang mereka cuba lakukan. Mungkin taktik lain sudah tidak menjadi, jadi dia gunakan taktik sebegini. Semoga anda semua di luar sana lebih peka dengan keadaan sekeliling selepas ini lebih-lebih lagi golongan wanita.

Kredit: Fatehah Basran

Baca juga: Harga Kaki Lima Tapi Rasa ‘Five Star’, Ini Dia Cara Mudah Buat Sos Black Pepper Premium!

tags: |