Dalam semuaaaa sos steamboat yang kak M dah rasa, my personal feveret still sos steamboat Johnnys tau. Jadi arini kak M nak share resepi Sos steamboat yang super sedap sampai menitik air liur tap tap tap. 😂

Sos cili ala Johnnys ni seriyes weii memang sedap, cukup rasa masam, manis, masin dan aroma ketumbar. Pada tekak kak M resepi ni almost 100% rasa sama dengan sos cili Johnnys yang femes ames tu. Meh tengok resepi kat bawah nih…zassssss

SOS STEAMBOAT ALA JOHNNYS

BAHAN :

  • 10 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar cuka (nak guna apple cider lagi bagus)
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap (kak M pakai kicap kipas udang)
  • 1 gelas air
  • 1 sudu besar sunquick (Original Flavour ya)
  • 2 sudu besar bijan (disangai dulu ya)
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air suam sikit untuk pekatkan sos)
  • Daun ketumbar (racik halus-halus)
  • 2 sudu besargula perang
  • 1 sudu teh Garam (jika perlu)

CARA :

  1. Blend cili merah dengan bawang putih.
  2. Masak atas dapur dengan air, bahan yang di blend tadi, minyak bijan, sos ikan, cuka, kicap, sos tiram dan sunquick.
  3. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilatkemudian baru masuk bancuhan tepung jagung.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Bila rasa dah okeh, masukkan sikit bijan yang kita dah disangai tu dengan daun ketumbar.
  6. Letak sikit je 2 bahan ni dulu. Nanti masa hidang nak makan baru letak lagi dalam mangkuk sos tu.

.
Dah siappppp!!! Senang kan. Sedap yakmat plak tu. Pasni boleh buat steamboat tetiap minggu uols..
.
#kakMmasak

Tonton video ini untuk langkah-langkah selanjutnya:

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 137 times!)