Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sotong Goreng Tepung Air Fryer, Sedap Teruk. Lebih Rangup, Lembut & Very Juicy!

Resepi Sotong Goreng Tepung Air Fryer, Sedap Teruk. Lebih Rangup, Lembut & Very Juicy!

Kategori:
resepi sotong goreng tepung AF

Sotong Goreng Tepung merupakan antara lauk yang agak mudah untuk disediakan. Sudah lah mudah, sedap pula tu. Makan dengan nasi putih dan lauk macam ni pun dah cukup kaw kan?

Kalau beli di kedai pun ada kalanya rasa serta teksturnya tak menepati cita rasa kita. Ada yang buat dengan tepung berlebihan, ada yang terlalu berminyak dan sebagainya.

Namun ada lagi cara yang kita boleh buat bagi menambahkan lagi kesedapan sotong goreng tepung tu.

Caranya adalah goreng dengan air fryer. Rasa dia memang padu teruk. Lebih rangup, lembut dan yang penting-penting sangat-sangat juicy.

Jom kita tengok resepi sotong goreng tepung guna air fryer !

Resepi Sotong Goreng Tepung Guna Air Fryer

Bahan-bahan :

  • 2 sdb tepung gandum
  • 1 sdb tepung jagung
  • 1 sdk baking powder
  • Sotong
  • Tepung bestar | kalau tak nak guna tepung gandum, tepung jagung dan baking powder

Cara Penyediaan :

  1. Satukan kesemua tepung dan ketepikan.
  2. Potong sotong besar-besar dan bersihkan.
  3. Gaulkan sotong dengan sedikit tepung terlebih dahulu.
  4. Kemudian bedakkan sotong sekali lagi.
  5. Bakat guna air fryer, suhu 200C selama 10-15 minit.
  6. Spray sedikit minyak supaya sotong tidak terlampau kering.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Mudah saja rupanya untuk buat sotong goreng tepung. Pastinya lebih menjadi dan kurang berminyak. Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba resepi ini.

Selamat mencuba!

Nak beli Air Fryer yang murah-murah di Shopee? Anda boleh beli di sini. Memang berkualiti dan terbaik!

Baca juga : Petua Buat Sotong Lama Jadi Gebu & Kenyal, Lepas Masak Pun Sotong Tak Kecut!

tags: